green metric | metrik hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Ukuran berasaskan aspek proses yang berkaitan dengan prinsip kimia hijau. Metrik hijau digunakan untuk mengukur kecekapan atau prestasi keseluruhan atau sebahagian sesuatu proses kimia. Sinonim metrik kimia hijau. |
green manufacturing | pengilangan hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Lihat pembuatan hijau. |
green chemistry metric | metrik kimia hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Lihat metrik hijau. |
green rating system | sistem penarafan hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sistem yang dibangunkan untuk menilai kemampanan projek pada semua peringkat kitar hayat alam sekitar. Penilaian merangkumi fasa perancangan, reka bentuk, pembinaan dan operasi. Contohnya, penarafan bintang hijau dan indeks bangunan hijau. |
green product | produk hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Produk yang kurang memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar atau boleh memudaratkan hidupan. Produk hijau boleh dihasilkan daripada komponen yang dikitar semula atau secara mesra alam. Produk tersebut dipasarkan dengan cara pembungkusan hijau dan/atau boleh dihasilkan daripada bahan tempatan untuk mengurangkan jejak karbon. |
green production | pembuatan hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pengilangan yang dapat mengurangkan penggunaan sumber asli, mengoptimumkan pemprosesan produk, mengurangkan pencemaran dan penghasilan sisa, mengamalkan kitar semula dan guna semula serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. Sinonim pengilangan hijau. |
green building | bangunan hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Struktur lestari yang mesra alam sekitar di sepanjang kitar hayat, bermula daripada proses merancang, mereka bentuk, membina, menyelenggara, mengubah suai, meroboh dan melupuskan sisa. Bangunan hijau dibina dengan menitikberatkan orientasi optimum bangunan di atas tapak pembinaan, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap, penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan dan penghasilan sisa yang minimum. |
green synthesis | sintesis hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penghasilan produk dengan mengamalkan prinsip kimia hijau, contohnya penghasilan ibuprofen. |
green industry | industri hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Usaha untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan mempromosi ekonomi yang mampan. Industri hijau merangkumi penggubalan dasar, proses pengeluaran perindustrian yang lebih baik dan penggunaan sumber yang efisien. |
green polymer | polimer hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Polimer semula jadi atau polimer sintetik yang dihasilkan daripada proses kimia hijau. |