Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.li.ran] | هيليرن

Definisi : berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berkembang drpd kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): pembuatan kereta ini telah mewujudkan industri ~ spt servis, pen­jualan kereta dsb; pembangunan KLIA di­jangka meningkatkan pembangunan infra­struktur sokongan dan menggalakkan per­tumbuhan ~ baru di luar kawasan Lembah Klang; peringkat ~; produk ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hiliran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
downstream linkagerangkaian hiliran; talian hiliranGeografiTiadaTiada
downstream activityaktiviti hiliranPertanianAgroteknologiAktiviti yang melibatkan pemprosesan produk mentah supaya dapat dipasarkan dengan harga yang lebih tinggi dan menjana lebih nilai kepada produk tersebut. Contohnya, untuk industri kelapa sawit, produk mentah ialah buah kelapa sawit yang dihasilkan daripada aktiviti huluan. Seterusnya, buah kelapa sawit diperah untuk mengeluarkan minyaknya. Pemerahan minyak ini merupakan satu aktiviti hiliran. Minyak ini boleh dipasarkan terus kepada pengguna dengan harga yang lebih tinggi daripada buah kelapa sawit mentah. Aktiviti hiliran boleh dilanjutkan dengan pemprosesan minyak kelapa sawit untuk menghasilkan produk-produk lain seperti sabun, marjerin dan bahan kosmetik.
downstream integrationintegrasi hiliranEkonomiTiadaAktiviti firma yang menggunakan keluaran firma lain sebagai input untuk pengeluaran output barunya.
downstream operationoperasi hiliranEkonomiTiadaPengeluaran barang-barang lain yang menggunakan keluaran firma yang ada sebagai inputnya.
downstream integrationintegrasi hiliranEkonomiTiadaTiada
downstream operationoperasi hiliranEkonomiTiadaTiada
downstream industryindustri hiliranSosiologiTiadaIndustri sampingan yang dibangunkan menggunakan hasil keluaran industri utama.
downstream sequencejujukan hiliranBiologiGenetikJujukan DNA yang terletak pada sebelah 3� dari tapak permulaan transkripsi sesuatu gen. bd. jujukan huluan.
downstream processesproses hiliranBioteknologiTiadaTeknik yang digunakan untuk memulihkan hasil akhir dalam proses fermentasi. Teknik ini termasuklah pemendakan, kromatografi, elektroforesis, pengemparan, penyulingan, pemekatan, dan pengeringan.
fish ballbebola ikanPerikananTiadaProduk hiliran ikan yang diproses dengan mencampurkan beberapa bahan lain mengikut cita rasa yang diingini dan dibentuk bulat seperti bola. Isi ikan dicampurkan dengan bahan seperti tepung gandum, garam, gula, lada hitam dan bahan pengawet, dan kemudiannya direbus.
12

Kembali ke atas