Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[him.pit] | هيمڤيت

Definisi : sangat rapat (antara dua benda dll), asak-berasak; berhimpit, berhimpit-himpit sesak-me­nye­sak, berasak-asak, bersempit-sempit: tak sanggup aku hendak menempuh orang yg berhimpit-himpit itu; menghimpit 1. menindih (menekan dll) dgn barang yg berat, mengapit, menyesak: nasi itu kemudiannya dihimpit dgn lesung batu utk memadatkannya; pd perasaannya bumi ini hendak ~ dia; 2. ki menekan (dlm erti kiasan), mengasak, menyusahkan: kemiskin­an ~ kehidupan keluarganya; menghimpitkan menindihkan hingga ter­sepit, merapatkan hingga sesak-menyesak, menekankan; memperhimpitkan, memperhimpit-him­­­­­­pit­­­­­­­­­­kan merapatkan berhimpit-himpit; ter­himpit 1. terjepit, terapit, ter­tin­dih; 2. ki susah (bkn kehidupan), terdesak: kehi­dup­annya di kampung ini makin tersepit dan ~; himpitan perbuatan menghimpit (menekan, menyesak, dll), tekanan, asakan: mereka tidak tahan lagi menderita ~ drpd tentera Jepun itu; kehimpitan keadaan berhimpit, ketenatan: setiap individu yg paling lasak, difikirkan berjuang di dlm ~ industri Britain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[him.pit] | هيمڤيت

Definisi : ; berhimpit, berhimpit-himpit berapat-rapat hingga tidak bersela lagi; berasak-asak; berdesak-desak: Para penumpang ~ menaiki bas. menghimpit 1 menindih dgn sesuatu yg berat; menekan dr kedua-dua belah sisi; mengapit; menyepit: Budak itu pengsan dihimpit oleh orang ramai. 2 ki menekan; menindas; menyusahkan: Penderitaan yg dirasainya kian ~. menghimpitkan menindihkan sesuatu; menekankan. terhimpit 1 sudah dihimpit; terapit; tersepit; tertindih: Benda itu ~ di celah kayu. 2 ki mengalami kesusahan; tertekan; tertindas: Kehidupannya ~ oleh kemiskinan. himpitan kesan drpd perbuat­an menghimpit (menindih, menekan dll); asakan; tekanan. kehimpitan keadaan menghimpit (menyusahkan atau menekan): Mereka terpaksa berusaha keras dlm ~ ekonomi sekarang. penghimpit alat yg digunakan utk menghimpit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
himpit
Kata Terbitan : berhimpit-himpit, menghimpit, terhimpit, himpitan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
squeeze cementing temperaturesuhu penyimenan himpitKejuruteraanPetroleumSuhu buburan simen semasa buburan berkenaan disesarkan pada kedalaman maksimum dalam operasi penyimenan himpit.
hesitation squeezehimpit keraguanKejuruteraanPetroleumOperasi penempatan simen dari jenis hilangan bendalir yang rendah pada bahagian tebuka yang akan dihimpit. Tujuan operasi ini ialah untuk membina bonjolan kek turas simen di dalam tebukan. Dalam operasi ini tekanan himpit yang digunakan adalah rendah.
diesel squeezehimpit dieselKejuruteraanTiadaPenghimpitan campuran simen kering dengan diesel ke dalam formasi untuk penyimenan semula lapisan yang mengandungi air.
berthranjang; himpitan; himpitKejuruteraanTiadaTiada
berthranjang; himpitan; himpitPelayaranTiada1. Bilik penginapan di dalam kapal.,2. Tempat kapal berlabuh di himpitan.
berthranjang; himpitan; himpitGeografiTiadaTiada
berthranjang; himpitan; himpit; sandaranUndang-undangTiadaTiada
crush rollerguling himpitKesenianTiadaSinonim: bruise roller
bruise rollerguling himpitKesenianTiadaTiada
pressed flowerbunga himpitUmumTiadaTiada
123

Kembali ke atas