Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[him.pu.nan] | هيمڤونن

Definisi : kumpulan: sebuah ~ puisi; anali­sis yg menghuraikan sekumpulan ayat mela­lui satu ~ data; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[him.pu.nan] | هيمڤونن

Definisi : sesuatu yg dikumpulkan; kumpulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
assemblageasemblajKesenianHiasan DalamanHimpunan bahan yang disusun menjadi karya seni dua dimensi atau tiga dimensi yang estetik, hasil gabungan pelbagai bahan terpakai dengan cara peletakan yang menimbulkan makna. Karya seni ini terhasil daripada gabungan bahan seperti kayu hanyut, kertas dan logam. Dahulu, himpunan bahan ini dianggap tidak mempunyai nilai seni, tetapi kini karya seni ini semakin diterima sebagai salah satu usaha melindungi dan memulihara alam sekitar dan dianggap mempunyai nilai seni dalam kelasnya yang tersendiri.
engine assemblyhimpunan enjinKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaEnjin yang dipasang dengan komponen lengkap termasuk pengulang-alik dan motor pengengkol.
assembly languagebahasa himpunanKomputerTiadaTiada
assembly pair-wise alignmenthimpunan penjajaran sepasangBioinformatikBioinformatik Molekul-
transient rod drive assemblyhimpunan pemacu rod fanaSains NuklearKejuruteraan ReaktorPepasangan yang terdiri daripada komponen mekanikal, elektrik dan pneumatik yang direka bentuk untuk memacu pergerakan rod kawalan pengikut udara.
anthologyantologiKesusasteraanTiadaHimpunan karya sastera dalam satu buku yang ditulis oleh penulis yang berbeza.
microarraymikrotatasusunanBioinformatikBioinformatik MolekulHimpunan tompokan fragmen DNA yang terlekat di atas permukaan cip kaca, yang direka bentuk secara khusus untuk analisis mikrotatasusunan. Tompokan fragmen DNA ini mewakili keseluruhan set gen sesuatu organisma yang tersusun dalam corak grid untuk kegunaan ujian genetik. Lihat juga analisis mikrotatasusunan.
chassiscasisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaHimpunan yang membentuk bahagian utama pada suatu kenderaan kecuali badang kenderaan.
linkagerangkaianKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaHimpunan rod yang bersambung, yang digunakan untuk memindahkan gerakan.
genomic libraryperpustakaan genomikBioinformatikBioinformatik MolekulHimpunan klon DNA pelbagai saiz yang mengandungi sekurang-kurangnya satu salinan bagi setiap jujukan DNA daripada genom organisma.
123

Kembali ke atas