Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[his.té.ria] | هيستيريا

Definisi : 1. sj penyakit urat saraf yg terlihat pd letusan-letusan emosi yg tidak dapat di­kawal, selap: diserang ~; 2. kegembiraan atau ketakutan yg tidak dapat dikawal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
histeria (kata nama)
Bersinonim dengan keadaan panik, kegila-gilaan, kerasukan, kekecohan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hysteriahisteriaPsikologiPsikologi UmumFenomena yang berlaku apabila masalah atau kecelaruan psikologi dijelmakan dalam bentuk kecelaruan organik atau somatik. Individu yang mengalami histeria biasanya menunjukkan kegembiraan atau ketakutan yg tidak dapat dikawal. Contohnya, mengadu mengalami masalah atau simptom fizikal seperti kelumpuhan atau kebas yang bukan berpunca daripada sumber-sumber fizikal. Menurut Freud, histeria berkait rapat dengan konflik yang tersembunyi jauh ke alam tidak sedar. Histeria dikenali juga sebagai kecelaruan jelmaan.
canine hysteriahisteria kaninBiologiMikrobiologiSejenis penyakit histeria pada anjing. Anjing yang diserang penyakit ini didapati gelisah kerana jangkitan pada deria dan motor.
hysterical aphoniaafonia histeriaPerubatanTiadaHilang keupayaan bertutur akibat histeria.
hysteric aphoniaafonia histeriaPerubatanTiadaHilang keupayaan bertutur akibat histeria.
hysterical dysphagiadisfagia histeriaPerubatanTiadaKetidakmampuan atau kesukaran untuk menelan disebabkan histeria.
hysterical amblyopiaambliopia histeriaPerubatanTiadaAmbliopia yang disebabkan atau dikaitkan dengan histeria.
hystericalhisteriaPendidikanTiadaTiada
hysteriahisteriaPendidikanTiadaTiada
hysteriahisteriaSosiologiTiadaTiada
hysteriahisteriaPerubatanTiadaGangguan neurosis yang mempunyai pelbagai gejala dan tanda, yang mungkin berbentuk emosi atau fizikal.
1234

Kembali ke atas