holistic approach | pendekatan holistik | Perubatan | Psikiatri | Langkah yang diambil dalam perawatan pesakit secara keseluruhan, termasuk faktor fizikal, mental, sosial dan penyakit yang didiagnosis. |
homeopathy | homeopati | Herba | Tiada | Amalan perubatan komplementari yang berasaskan prinsip bahawa sesuatu penyakit boleh dirawat dengan memberikan ubat pada dos yang amat kecil, tetapi ubat itu menghasikan simptom penyakit tersebut apabila diambil oleh seseorang yang sihat. Homeopati boleh merawat tubuh manusia secara holistik dan membantu tubuh untuk sembuh dengan sendiri. Ubat homeopati boleh mengandungi bahan herba, kimia dan mineral. Contohnya, sediaan homeopati bawang putih. |
behaviouralism | behaviouralisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendekatan yang menjelaskan persoalan fakta dalam sesuatu analisis politik. Menurut pendekatan ini, sesuatu kajian atau analisis politik perlu mengambil kira faktor ekonomi, sosial dan psikologi. Pendekatan ini cuba memahami politik dengan melihat perkaitan antara elemen tingkah laku masyarakat seperti sikap, kepercayaan, nilai, norma dan adat dengan aspek politik seperti pilihan raya, parti politik, penyertaan politik kumpulan pendesak, revolusi dan sebagainya. Pendekatan ini juga tidak melihat politik hanya bersifat keinstitusian seperti parlimen, kerajaan, legislatif, kehakiman dan pentadbiran awam. Dalam konteks ilmu politik, pendekatan ini muncul kesan daripada reaksi intelektual untuk menjadikan disiplin politik lebih bersifat holistik dan saintifik. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Charles E. Merriam dari Universiti Chicago pada tahun 1940-an dan kemudiannya dikembangkan oleh anak murid beliau antaranya V.O. Key, David B. Truman, Herbert Simon dan Gabriel Almond yang lebih popular dikenali sebagai "Chicago School of Thought". Sinonim faham tingkah laku. |