Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.ri.zon] | هوريزون

Definisi : lingkungan atau batas (pengetahuan minat, pengalaman, persepsi, dsb): kanak-kanak remaja harus diberi ~ yg lebih luas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata horizon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calcic horizonhorizon kapur , horizon kalsikGeologiTiadaHorizon tanih subpermukaan diagnostik yang mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 15 sm dan dicirikan oleh pemerkayaan karbonat sekunder.
soil horizonhorizon tanahPertanianAgroteknologiLapisan tanah yang sejajar dengan permukaan bumi dan mempunyai ciri-cirinya yang tertentu. Umumnya, horizon tanah terbahagi kepada dua kategori, iaitu lapisan tanah atas dan lapisan tanah bawah. Pada lapisan tanah atas, terdapat lapisan-lapisan yang dikenali sebagai horizon O dan horizon A. Pada lapisan tanah bawah pula, terdapat lapisan-lapisan yang dikenali sebagai horizon E, horizon B dan horizon C. Pengetahuan tentang horizon tanah dapat membantu menentukan jenis tanaman yang sesuai ditanam di sesuatu kawasan pertanian berdasarkan ciri-ciri tertentu yang terdapat dalam setiap horizon tanah tersebut. Lihat juga horizon A.
A-horizonhorizon AGeologiTiadaHorizon tanih yang paling atas, mengandungi satu subdividi atau lebih yang berikut: horizon A1 yang dicirikan oleh tumpukan jirim organik, horizon A2 yang dicirikan oleh kepekatan kuarza atau mineral tahan yang lainnya pecahan bersaiz pasir atau lodak yang disebabkan oleh pelarutlesapan lempung, besi, atau aluminium, dan horizon A3 yang merupakan peralihan kepada horizon B yang terdapat di bawahnya.
azonal soil, tanih azonalGeologiTiadaTanih muda yang tidak mempunyai horizon-horizon yang jelas. Ini disebabkan edaran masa yang singkat untuk membolehkan pengaruh iklim, tumbuh-tumbuhan dsb.nya ke atas proses-proses pembentukkan tanih.
AlfisolAlfisolGeologiTiadaOrder tanih yang dicirikan oleh horizon permukaan yang berwarna kelabu hingga coklat, ketepuan bes yang sederhana hingga tinggi, dan horizon-horizon daripada tumpukan lempung.
argic horizonhorizon argikPertanianAgroteknologiHorizon tanah bawah yang mempunyai lebih banyak kandungan tanah liat berbanding dengan lapisan atasnya. Keadaan ini berlaku akibat pemendapan tanah liat atau pemecahan tanah liat dan aktiviti biologi di horizon atas. Ciri-ciri morfologi dan fiziokimianya berbeza dengan tanah liat di atasnya. Lihat juga horizon tanah.
C horizonhorizon CGeologiTiadaHorizon mineral sesuatu tanih yang terletak di bawah horizon A dan/atau B dan terdiri daripada bahan batuan tak terkonsolidat.
OxisolOxisolGeologiTiadaOrder tanih yang dicirikan oleh campuran kuarza, kaolin, oksida bebas dan bahan organik, dan tidak adanya horizon-horizon yang dicirikan dengan jelas.
A horizonhorizon APertanianAgroteknologiBahagian paling atas tanah yang berwarna gelap dan mengandungi banyak bahan organik. Bahagian atas horizon A mengandungi humus serta bahan tanaman dan haiwan yang melalui proses pereputan. Bahagian tengah horizon A mengandungi bahan galian setelah larut lesap tanah liat, unsur ferum dan aluminium. Horizon A ini sesuai untuk dijadikan media pemasuan.
edge waterair pinggirKejuruteraanPetroleumAir yang bersentuhan dengan pinggir minyak dan/atau gas yang terdapat bersama-sama di dalam sesuatu formasi. Umumnya, air ini berada di horizon formasi terbawah dari horizon-horizon formasi lain yang mengandungi minyak dan/atau gas sehingga minyak dan/atau berkenaan terletak pada kedudukan struktur yang atas. Biasanya air ini juga akan menggantikan kedudukan minyak dan/atau gas yang bersentuhan dengannya apabila minyak dan/atau gas tersebut telah dikeluarkan dari formasi berkenaan.
12345678910...

Kembali ke atas