Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : Chamber of H~s, Bilik Seram. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. intense fear, perasaan /gerun, ngeri, takut yg amat sangat/: words cannot express my ~, kata-kata tdk dapat menggambarkan perasaan gerun saya; in ~, ketakutan, kengerian: she cried out in ~ when she saw the snakes, dia menjerit ketakutan apabila dia ternampak ular-ular itu; to o’s ~, betapa /gerunnya, ngerinya / sso: to my ~ the monster began walking towards me, betapa gerunnya saya apabila raksasa itu mulai berjalan ke arah saya; 2. st that causes intense fear, perkara (yg) /dahsyat, menggerunkan, mengerikan, sangat menakutkan/: the ~s associated with war, perkara-perkara dahsyat yg berkaitan dgn peperangan; 3. fearsomeness, menggerunkan, mengerikan, sangat menakutkan: unable to forget the ~ of the moment, tdk dapat melupakan saat yg mengerikan itu; 4. (colloq), (of child) nakal: a perfect little ~, budak yg betul-betul nakal; 5. (attrib) seram: ~ film, filem seram; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata horror


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
horror lightingpencahayaan seramKomunikasi MassaTiadaTiada
horror autotoxicusautotoksikus seramVeterinarTiadaTiada
horror filmfilem seramKomunikasiTiadaFilem yang memaparkan kisah yang menakutkan seperti cerita hantu.
horror storycerita seramKesusasteraanTiadaCerita yang menggerunkan pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri. Cerita seram kadangkala serius dan kadangkala bersifat komik. Cerita seram penting dalam sejarah perkembangan cerita pendek, terutamanya berkaitan dengan novel gotik. Dalam cerita seram yang serius, pengarang berupaya mengolah ceritanya melangkaui batasan pengalaman manusia. Contohnya, meneliti alam psikologi yang kacau-bilau, serta mendedahkan beberapa jenis �neraka�. Neraka ditafsirkan sebagai simbol atau keadaan ekstrem yang mencetuskan ketakutan, penderitaan, kehilangan, dan firasat yang buruk. Contoh cerita seram ialah Dracula oleh Bram Stoker. Pengarang moden yang menghasilkan cerita seram termasuklah Stephen King, clive Barker dan Graham masterton. Cerita seram Melayu ialah Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis dan novel Susuk oleh Nizam Zakaria.

Kembali ke atas