field hospital | hospital lapangan/hospital medan | Perubatan | Tiada | Sebuah hospital sementara yang biasanya didirikan di kawasan yang mengalami bencana atau yang memerlukan kemudahan kesihatan untuk menampung jumlah pesakit yang ramai. |
screening hospital | hospital saringan | Kesihatan Awam | Tiada | Hospital yang menyediakan perkhidmatan saringan sesuatu penyakit. Contohnya, COVID-19. |
isolation hospital | hospital pengasingan | Kesihatan Awam | Tiada | Sebuah hospital yang digunakan untuk mengasingkan atau menempatkan pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit yang sama. |
chronic disease hospital | hospital penyakit kronik | Perubatan | Tiada | Tiada |
hospital benefit | faedah hospital | insurans | Tiada | Faedah yang dibayar apabila insured dimasukkan ke hospital. Faedah ini adalah untuk bayaran sewa bilik, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. |
hospital information system (HIS) | sistem maklumat hospital (HIS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem komprehensif dan bersepadu yang direka untuk menguruskan semua aspek operasi hospital seperti isu-isu perubatan, pentadbiran, kewangan dan undang-undang serta pemprosesan yang berkaitan dengan perkhidmatan. Sistem ini lazimnya menyokong fungsi operasi hospital seperti penjadualan kemudahan, pengurusan sumber manusia, pengebilan, analisis kewangan dan pelaporan. |
hospital expense insurance | insurans belanja hospital | insurans | Tiada | Insurans yang membayar balik perbelanjaan hospital atau perbelanjaan yang berkaitan dengannya tertakluk kepada had yang telah ditetapkan dalam kontrak. Perbelanjaan ini timbul disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. |
hospitalization insurance | insurans hospital | insurans | Tiada | lih. insurans belanja hospital. |
medical expense insurance | insurans belanja perubatan | insurans | Tiada | Insurans kesihatan yang menyediakan faedah belanja perubatan, pembedahan dan hospital. Istilah ini juga digunakan untuk perlindungan Insurans Belanja Hospital Pembedahan dan Insurans Rawatan Perubatan. |
medical care plan | pelan rawatan perubatan | insurans | Tiada | Sejenis insurans kesihatan kumpulan yang menyediakan faedah belanja perubatan, pembedahan dan hospital. Istilah ini juga digunakan untuk perlindungan insurans belanja hospital pembedahan dan insurans rawatan perubatan. |