Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.bung] | هوبوڠ

Definisi : ; berhubung 1. berangkai, bersam­bung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi tele­fon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain; ~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersam­bung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain); berhubungan 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan; menghubung menyambung sesuatu dgn yg lain (bukan bermakna menambah panjang): tali ini boleh dipakai utk ~ galah; menghubungi 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (mela­lui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapat­kannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan se­hing­ga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, me­nuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu di­hubungi dgn ketawa; menghubungkan 1. menjadikan berhu­bung­an (berangkaian, bersambungan), me­nyam­­bungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memper­hubung­kan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhu­bung­kan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn seke­luarga orang perantauan lain; 4. menjadi­kan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; hubungan 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan per­kataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk memper­eratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini ber­kenaan apa yg telah dinyatakan (diterang­kan) atau yg sedang dibincangkan; ~ darah hubungan kekeluargaan; ~ diplomatik hubungan dgn perantaraan perwakilan (diplo­mat) antara negara-negara di dunia; ~ dua hala hubungan antara dua pihak yg secara langsung tidak melibatkan pihak lain; ~ batin = ~ jenis = ~ kelamin = ~ seks persetubuhan; ~ nyawa kekasih, kesayangan, buah hati; ~ ras (Ant) hubungan sosial yg terjalin antara anggota masyarakat yg berlainan keturunan atau bangsa dlm sesebuah masyarakat atau negara; sehubungan berkaitan dgn, bersangkutan dgn; perhubungan 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai per­antaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kemen­teri­an yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-per­kara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalam­nya; ~ awam amalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemes­­­­raan, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh atau terhadap sesebuah syarikat, firma, institusi dsb; ~ darah pertalian kekeluargaan; ~ perindustrian urusan perhubungan antara pihak majikan dgn para pekerja dlm industri, biasanya melibatkan aspek-aspek perunding­an secara kolektif dsb; penghubungan perihal atau perbuatan meng­hubungkan; penghubung (alat, orang, dll) yg meng­hubung(kan); kata ~ kata yg digunakan utk menghubungkan dua kata atau dua ayat; tanda ~ garis utk menghubungkan kata atau suku kata; perwira ~ Id pegawai perhubungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.bung] | هوبوڠ

Definisi : ; berhubung 1 bercantum dgn yg lain; bersambung; berangkai: Anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu. 2 ada kaitannya atau ada sangkut pautnya; berkenaan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; Kedua-dua kejadian itu ~ antara satu dgn yg lain. 3 bertemu atau berjumpa: Dia berasa hairan mengapa rakannya tidak mahu ~ dgnnya. 4 bertukar-tukar fikiran dll dgn berbagai-bagai cara: Sekarang kita dpt ~ dgn orang yg jauh melalui telefon. berhubungan saling berhubung. menghubungi mengadakan pertemuan dll dgn; pergi menemui (utk memberitahu dll): Pihak polis telah ~nya petang semalam. menghubungkan 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertali­kan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. hubungan 1 kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2 hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3 ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. perhubungan 1 hal berhubung; perkait­an; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2 alat utk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3 cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. ~ awam amal­an menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemesra­an, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh sesebuah syarikat, institusi dsb. penghubungan perbuatan (cara dsb) menghubungkan. penghubung 1 orang yg menghubungkan. 2 alat yg digunakan utk menghubungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
referencerujukanKesusasteraanTiadaHubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure.
political linkagehubung kait politikSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan sesuatu peristiwa, fenomena, kes atau perkara dengan politik. Sesuatu yang berlaku itu dilihat sama ada ia sepenuhnya bebas atau mempunyai unsur politik seperti konspirasi, agenda pemimpin, tokoh tertentu dan sesuatu kelompok. Hubung kait politik menjadikan sesuatu tindakan atau peristiwa itu berunsur politik.
intertextualityintertekstualitiKesusasteraanTiadaHubung kait antara suatu teks dengan teks yang lain dalam sebarang penulisan. Konsep ini menafikan keaslian sesebuah teks kerana maksud yang tersirat dalam sesebuah karya itu sebenarnya bersumberkan teks lain. Oleh itu, sebarang karya tidak bersifat autonomi dan terbuka dari segi makna dan interpretasinya. Konsep ini secara tidak langsung meningkatkan kepentingan kritikan sastera yang kini dianggap sebagai aktiviti yang berhubung kait dengan penghayatan teks. Intertekstualiti juga membuka ruang untuk disiplin lain seperti falsafah dan psikoanalisis dalam perbincangan sastera. Contoh intertekstualiti ditemui dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Intertekstualiti juga terdapat dalam drama Puteri Hang Li Po oleh Rahmah Bujang,dan cerpen �Mahar Asmara� oleh Fatimah Busu.
thermal fluidbendalir termaSains NuklearKejuruteraan ReaktorHubung kait antara haba dan aliran bendalir dalam suatu sistem atau proses. Lihat juga thermal fluidic instability.
thermal hydraulichidraulik termaSains NuklearKejuruteraan ReaktorHubung kait antara haba dan aliran air dalam suatu sistem atau proses. Lihat juga thermal hydraulic instability.
epic fictionfiksyen epikKesusasteraanTiadaFiksyen yang dicipta tanpa hubung kait dengan unsur mitos, legenda, kepercayaan atau sejarah silam sesuatu masyarakat. Fiksyen epik wujud pada zaman moden dan dihasilkan oleh pengarang moden. Pembentukan watak dan plot cerita merupakan hasil kreativiti pengarang yang memperoleh ilham daripada pengalaman sejarah yang sebenar. Salah satu karya fiksyen epik yang penting ialah War and Peace (1963 � 1869) karya Leo Tolstoy. Karya ini menceritakan kisah peperangan antara Rusia dengan Perancis.
planetary healthkesihatan planetAeroangkasaTiadaBidang yang memfokuskan isu kesihatan manusia dan hubung kait dengan alam semula jadi, biodiversiti serta perubahan iklim.
asyndetonawasendiKesusasteraanPuisiUngkapan ringkas yang menggunakan perkataan atau frasa secara berturutan tanpa menggunakan kata hubung, tetapi dipisahkan oleh tanda koma sahaja.
parataxisparataksisKesusasteraanPuisiProses penciptaan atau pembinaan frasa dan kalimat secara bersebelahan tanpa menggunakan kata hubung untuk menimbulkan kesan ketegasan dan kepadatan. Contohnya, puisi "Perpustakaan" karya Usman Awang. Perpustakaan tercinta ini, pelabuhan kebudayaan peradaban zaman, gedung akal laut bicara manusia, mutiara pendeta tasik pujangga, kota kebenaran penaung kebebasan ucap suara
polysyndetonulang sendiKesusasteraanPuisiUngkapan ringkas yang menggunakan perkataan atau frasa secara berurutan dengan menggunakan kata hubung. Contohnya, puisi yang kerap menggunakan polisindeton ini ialah "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar. Sinonim polisindeton. aku ingin menyelami dasar batinmu yang tenang dan gelisah aku ingin merasai jalan fikirnn dan tindakan akal urat nadi dan salur darahmu aku ingin menyusuri sejarahmu yang panjang dan bercabang.
123

Kembali ke atas