Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hubungan dan perkaitan, pertali­an: negara kita sentiasa dinilai dr sudut keselamatan dan ~nya dgn cara hidup atau penghidupan kita; menghubungkaitkan mengadakan (per)­hu­bungan dan perkaitan, mengadakan per­talian (antara dua unsur, kegiatan, perkara, dll), memperkaitkan, mempertalikan: kedua-dua­nya, hal-hal yg berkaitan dgn masyara­kat umum, dan kegiatan kokurikulum di kampus, sering dihubungkaitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
use relationshiphubung kait kegunaanLandskapTiadaHubungan dan perkaitan yang wujud antara pelbagai kegunaan yang terdapat atau yang dicadangkan dalam suatu kawasan. Contohnya, hubung kait antara kawasan permainan dengan kawasan persendirian.
referencerujukanKesusasteraanTiadaHubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure.
phenotype correlationkorelasi fenotipPertanianAgronomi

Hubung kait atau perhubungan antara fenotip tanaman dengan keadaan sekitaran seperti ketinggian tanaman dengan kesuburan tanah. Hubung kait ini mencerminkan pengaruh faktor persekitaran terhadap sifat tanaman.

political linkagehubung kait politikSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan sesuatu peristiwa, fenomena, kes atau perkara dengan politik. Sesuatu yang berlaku itu dilihat sama ada ia sepenuhnya bebas atau mempunyai unsur politik seperti konspirasi, agenda pemimpin, tokoh tertentu dan sesuatu kelompok. Hubung kait politik menjadikan sesuatu tindakan atau peristiwa itu berunsur politik.
political linkagehubung kait politikSains PolitikTiadaTiada
economic linkagehubung kait ekonomiSains PolitikTiadaTiada
political linkagehubung kait politikSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
spatial relationshiphubung kait ruanganLandskapTiadaPertalian antara satu kawasan dengan kawasan yang lain berdasarkan fungsi,lokasi, kegunaan, skala, aliran aktiviti dan pandangan.
linkage theoryteori hubung kaitSains PolitikTiadaTiada
linkage politicspolitik hubung kaitSains PolitikTiadaTiada
12345

Kembali ke atas