Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.bu.ngan] | هوبوڠن

Definisi : 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan per­kataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk memper­eratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini ber­kenaan apa yg telah dinyatakan (diterang­kan) atau yg sedang dibincangkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.bu.ngan] | هوبوڠن

Definisi : 1 kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2 hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3 ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civil-military relationshubungan awam-tenteraSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan polilik yang wujud antara masyarakat dengan institusi ketenteraan. Hubungan ini boleh bersifat profesional iaitu hubungan awam-tentera yang terbatas dalam hal-hal yang berkait rapat dengan kepentingan awam terhadap institusi tersebut seperti keselamatan dan melindungi kepentingan awam. Tentera akan bertindak apabila kepentingan awam diancam oleh anasir subversif dari dalam atau luar. Hubungan ini juga bersifat politik iaitu pihak tentera bukan sahaja bertindak sebagai institusi yang melindungi keselamatan awam, tetapi juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam urusan pemerintahan. Pihak tentera akan campur tangan dalam urusan pemerintahan apabila mendapati kerajaan awam tidak mampu menangani masalah krisis ekonomi atau politik yang serius. Contohnya, di Malaysia hubungan awam-tentera bersifat profesional manakala Indonesia di bawah Soeharto hubungan awam-tentera bersifat politik
one-way communicationhubungan sehalaSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua pihak yang bersifat satu hala sahaja. Dalam hubungan ini, pihak yang kuat menguasai pihak yang lemah dengan memberi arahan, memastikan arahannya dipatuhi dan mengenakan hukuman sekiranya wujud keingkaran. Hal ini berbeza dengan hubungan dua hala yang lebih seimbang. Contohnya, hubungan sehala antara raja dengan petani pada zaman feudal. Sinonim komunikasi sehala.
political communitykomuniti politikSains PolitikPolitik PerbandinganSekelompok anggota masyarakat yang dibentuk berasaskan hubungan politik. Hubungan yang mengikat anggota masyarakat ini tidak berasaskan kebudayaan, ekonomi atau sosial. Komuniti ini boleh terdiri daripada satu kelompok minoriti yang sedang bergerak memperjuangkan kemerdekaan dan matlamat tertentu atau merupakan satu komuniti yang berpegang kepada sesuatu ideologi dan semua anggotanya berpegang kuat kepada ideologi tersebut. Contohnya, penduduk China yang lari ke Taiwan selepas Revolusi China merupakan satu komuniti politik yang tidak mahu pemerintahan komunis dan berpegang kepada pemerintahan demokrasi.
victim-offender relationshiphubungan mangsa-pesalahKriminologiKeadilan JenayahHubungan atau perkaitan yang wujud antara mangsa dengan pesalah yang membantu menjelaskan hal keadaan pemangsaan. Hubungan ini penting dalam proses pemprofilan mangsa jenayah. Contohnya, hubungan ini membantu pegawai penyiasat dalam mengenal pasti motif jenayah yang berlaku.
quasi-internationalsepara antarabangsaSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara sebuah negara berdaulat dengan sebuah wilayah lain yang masih kabur taraf kedaulatannya di peringkat antarabangsa. Ini berbeza dengan hubungan antara dua negara berdaulat yang dikenali sebagai hubungan antarabangsa. Contohnya, hubungan negara Jepun dengan Taiwan merupakan separa antarabangsa kerana Taiwan belum mendapat taraf kedaulatan di peringkat antarabangsa.
literary relationshubungan sasterawiKesusasteraanTiadaHubungan kesusasteraan antara dua negara yang melibatkan kegiatan terjemahan karya sastera, unsur pengaruh-mempengaruhi dalam sastera, atau antara dua orang pengarang dari negara yang berbeza. Hubungan sasterawi biasanya digunakan dalam kesusasteraan bandingan. Contohnya, hubungan sasterawi antara Arab-Parsi dengan Jerman seperti dalam karya West-Eastern Divan oleh pengarang tersohor zaman Geothe yang dipengaruhi oleh karya Goethe (Jerman).
church-state relationshubungan agama-negaraSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan saling berkait antara agama dengan urusan kenegaraan. Hubungan saling berkait ini mula berkembang di Eropah pada akhir abad ke-16 apabila agama atau gereja menjadi semakin mantap di kalangan masyarakat Eropah, khususnya di kebanyakan wilayah bekas takluk empayar Roman. Gereja melalui Pope, iaitu ketua agama Kristian mendakwa bahawa dia merupakan wakil tuhan di muka bumi. Beliau juga mengetahui semua perkara yang terbaik untuk masyarakat. Dengan itu, Pope mempunyai hak untuk turut terlibat dalam pemerintahan. Dalam hal ini, pihak gereja cuba untuk mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa agama dan negara merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan. Justeru, agama perlu diberi peranan yang penting dalam menentukan hala tuju pengurusan negara. Pemikiran ini telah menimbulkan konflik di antara gereja dengan institusi negara yang bersifat monarki. Hal ini telah menimbulkan perdebatan antara mereka berhubung dengan bentuk hubungan agama negara yang sepatutnya dipraktikkan.
patronage systemsistem naunganSains PolitikPolitik PerbandinganSistem masyarakat yang bergantung kuat kepada hubungan penaung-dinaung. Hubungan ini bersifat tidak seimbang walaupun wujud dalam keadaan dua hala antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan dinaung yang lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan ini menggambarkan masyarakat yang memiliki segala aktiviti baik dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang berlegar dalam hubungan yang sama. Semua anggota masyarakat sudah terikat dengan amalan ini sehingga dianggap sebagai budaya. Sistem penaungan ini diamalkan di Itali, Sepanyol, Pakistan dan India apabila tuan tanah menjadi penaung utama dalam masyarakat tersebut.
criminal-victim relationshiphubungan penjenayah-mangsaKriminologiKeadilan JenayahPerihal hubungan antara penjenayah dengan mangsanya, dalam proses penyiasatan yang bertujuan untuk menentukan motif jenayah. Hubungan ini juga penting dalam proses pengkelasan jenis jenayah.
coerced sexual contacthubungan seksual paksaKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang menggunakan tekanan, bahan terlarang seperti alkohol atau dadah, atau daya untuk melakukan hubungan seksual terhadap mangsa tanpa kerelaaannya. Tindakan ini termasuk juga perbuatan mendesak mangsa secara berterusan untuk melakukan hubungan seksual walaupun mangsa menolak hubungan tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas