upstream activity | aktiviti huluan | Pertanian | Agroteknologi | Aktiviti yang melibatkan pengeluaran sumber asli produk. Contohnya, dalam industri pengeluaran kelapa sawit, kerja-kerja yang termasuk dalam kategori aktiviti huluan ialah penyediaan tanah, penanaman, penjagaan, pembajaan dan pemungutan buah kelapa sawit yang telah matang. Aktiviti huluan berakhir pada tahap apabila buah kelapa sawit dihantar ke kilang pemprosesan. |
precursor | prekursor | Herba | Fitokimia | Sebatian huluan dalam proses pembentukan sebatian fitokimia. Beberapa siri transformasi kimia kadangkala berlaku ke atas sebatian huluan ini dengan melibatkan perubahan bentuk, perpecahan, penggabungan dengan molekul atau atom lain untuk membentuk sebatian hiliran. Siri ini dikenali juga sebagai laluan yang disusun oleh kumpulan enzim tertentu. |
upstream | huluan | Bioteknologi | Tiada | 1. Bahagian proses yang dilakukan sebelum melibatkan penggunaan bejana fermentasi atau bioreaktor di dalam loji pembuatan. 2. Jujukan yang terletak berjauhan dengan tapak pengekspresian dalam genetik. |
upstream industry | industri huluan | Geografi | Tiada | Tiada |
upstream integration | integrasi huluan | Ekonomi | Tiada | Kegiatan firma mengeluarkan output yang diperlukan sebagai input untuk keluaran pada peringkat seterusnya. |
upstream operation | operasi huluan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
upstream integration | integrasi huluan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
upstream thinking | pemikiran huluan | Kejururawatan | Tiada | Perihal mengenal pasti dan mengubah suai faktor ekonomi, politik dan pemboleh ubah persekitaran yang mengakibatkan kemerosotan kesihatan sedunia. |
upstream sequence | jujukan huluan | Biologi | Genetik | Jujukan DNA yang terletak pada sebelah 5� daripada tapak permulaan transkripsi suatu gen. bd. jujukan hiliran. |
vertical intergration | sepadu menegak | Pentadbiran | Tiada | Penyatuan dua syarikat yang mempunyai kegiatan huluan dan hiliran. Sinonim: vertical merger. |