Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.lur] | هولور

Definisi : ; menghulur 1. membiarkan sesuatu (spt tali dll) lepas menjadi panjang, me­ngumbai: ~ tali kail; ~ tali layang-layang; 2. menjadi panjang, memanjang, mulur: plastik kalau ditarik boleh ~; 3. keluar memanjang, mengunjur: sebelah tangannya ~ keluar; 4. memanjangkan (umur, perbincangan, dll), mengundurkan masa, menunda-nunda: penu­karan jantung dapat ~ umur orang yg men­derita penyakit jantung; ~ perdebatan; 5. memberi sesuatu kpd seseorang dgn me­manjangkan tangan sedikit, mengun­jukkan: sambil ~ minuman dan buah-buahan ia merenungi muka suaminya; menghulur-hulur 1. memanjang-man­jang­­kan (waktu, perbicaraan, dsb), mena­ngguh-nangguh (janji, persetujuan, dsb); 2. Id, bp mentafsirkan (fasal dlm undang-undang, perjanjian, dll) mengikut kehendak sendiri (di­luaskan atau disempitkan mengikut kehen­dak sendiri); menghuluri memberikan (menyampaikan) sesuatu kpd: maka oleh Kapitan Mor di­suruhnya huluri cindai Tun Amat Ali dibawa­nya naik ke atas kapal; menghulurkan 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun di­kosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia meman­jang­kan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpan­jang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengun­jukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghan­tar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) mengan­jurkan tangan (utk bersalaman dll); b) mem­berikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; huluran sesuatu yg dihulurkan, bantuan, pemberian, pertolongan; penghuluran perihal atau perbuatan meng­hulur(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.lur] | هولور

Definisi : ; rotan ~ sj rotan yg kuat, Calamus ulur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.lur] | هولور

Definisi : sl orang yg menjadi hamba (kerana bersalah membuat kejahatan spt membunuh atau mencuri dll dan tidak dapat mengganti kerugian orang): orang yg membunuh itu masuk ~ kpd bapa orang yg dibunuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.lur] | هولور

Definisi : ; menghulur 1 keluar memanjang; menjulur: Sebelah tangannya ~ keluar. 2 menjadi panjang; memanjang atau memberi (bkn benda spt getah): Getah ~ kalau ditarik. menghulurkan 1 melepaskan sesuatu (spt tali) agar menjadi panjang: ~ tali layang-layang. 2 memberikan sesuatu dgn menganjurkan tangan; mengunjukkan: Dia ~ segelas air kpd suaminya. 3 mengeluarkan sesuatu memanjang; menjulurkan: Ku­cing itu ~ lidahnya utk menjilat makanan. ~ tangan a. meng­anjurkan tangan utk berjabat tangan dll. b. memberikan bantuan. huluran sesuatu yg dihulurkan; bantuan; pertolongan. penghuluran perbuatan (hal dsb) menghulur atau menghulurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hulur
Kata Terbitan : menghulur, menghulur-hulur, menghulurkan, huluran,

Puisi
 

Bulan hulur matahari berdiri,
     Tanam kapas di laman raja;
Sudah masyhur saya di sini,
     Saya tidak lepas sahaja.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hulurhulurKesenianTiadaKeadaan menghulurkan tali memanjangkan tali wau.
pass the loadhulur bebanPendidikanTiadaTiada
feed piletimbunan hulurKomunikasiTiadaTiada
feed boardpapan hulurKomunikasiTiadaTiada
fighting dragtarik hulurPerikananTiadaKaedah memancing yang menghasilkan daya tarikan antara pemancing dengan ikan yang dikail. Daya ini menghasilkan pertarungan yang menyeronokkan kepada pemancing. Melalui kaedah ini, pemancing akan membiarkan tali pancing ditarik keluar apabila berdepan dengan ikan bersaiz besar yang biasanya mempunyai daya tarikan melebihi kuasa tarikan pemancing. Pergerakan ini berlaku beberapa kali sehingga ikan menjadi lemah dan setelah itu, pemancing mengarau tali pancing sehingga ikan dinaikkan ke atas dek bot.
rack-out extensionpemanjangan hulurKomunikasi MassaTiadaTiada
feed trip levertuil pelantik hulurKejuruteraanTiadaTiada
drop guide (feed guide)pandu hulurKomunikasiTiadaTiada
feed engage levertuil pemula hulurKejuruteraanTiadaTiada
feed control rodrod kawalan hulurKejuruteraanTiadaTiada
12

Kembali ke atas