Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ni] | هوني

Definisi : ; berhuni ada didiami orang, berpen­duduk: kami tahu rumah itu ~ kerana adanya cahaya lampu; menghuni 1. mendiami, menduduki: meng­apa ia mesti ~ negara yg serba asing ini?; kalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah orang kematian, dialah yg disuruh ~ rumah; 2. = menghunikan mengawasi, menjaga, menunggui: betul saya lihat dia di sana, menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya; penghunian perihal, perbuatan atau tin­dakan menghuni (rumah, bilik dsb): kawasan itu mempunyai kadar ~ yg tinggi, iaitu sebanyak 85%; penghuni 1. orang dll yg mendiami (rumah dll): rumah itu berkunci, ~nya tidak ada; mereka menjadi ~ rimba dgn dada yg me­ngandungi bara; 2. hantu penunggu; ~ dunia manusia (binatang dll) yg mendiami dunia ini; ~ kampung penduduk kampung; berpenghuni mempunyai penghuni: rumah itu tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ni] | هوني

Definisi : ; menghuni duduk atau tinggal di; mendiami; menduduki: Selama ia pergi, sayalah yg ~ rumahnya. penghuni orang dll yg menghuni (rumah dsb): Rumah itu berkunci sebab ~nya tidak ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huni
Kata Terbitan : berhuni, menghuni, penghuni, berpenghuni,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
open residential developmentpembangunan huni jarang;pembangunan huni bebasKejuruteraanTiadaTiada
resident virusvirus huniTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang terus aktif walaupun perisian hosnya telah dihentikan. Virus sebegini hanya dapat dihentikan apabila sistem komputer dimatikan. Lihat juga virus ingatan-huni.
owner-occupiedhuni sendiriPentadbiran PerniagaanTiadaKediaman yang dipunyai dan diduduki sendiri.
owner-occupiedhuni sendiriEkonomiTiadaTiada
isoiketegarisan sesuai-huniGeografiTiadaGarisan yang menghubungkan kawasan-kawasan yang mempunyai darjah penghunian yang sama.
occupancy taxcukai huniEkonomiTiadaTiada
nonresident informationmaklumat tak huniKomputerTiadaTiada
resident programatur cara huniKomputerTiadaTiada
open residential developmentpembangunan huni jarang; pembangunan kediaman legaKesenianTiadaTiada
memory resident programatur cara huni ingatanKomputerTiadaTiada
12

Kembali ke atas