Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ruf] | حروف

Definisi : lambang dlm sistem bunyi (bahasa) yg daripadanya sesuatu perkataan dlm tulisan dibentuk, lambang-lambang abjad, aksara; buta ~ tidak tahu membaca dan menulis; mata ~ huruf satu demi satu; tahu mata ~ = celik ~ tahu membaca dan menulis; menurut ~ (bkn terjemahan) kata demi kata, harfiah; ~ awal (pangkal) huruf yg pertama pd sesuatu perkataan; ~ balok Id huruf tegak yg tidak bersambung (spt huruf cetak); ~ benar konsonan; ~ besar huruf besar digunakan utk menulis pd permulaan perkataan (pd per­mulaan ayat, nama orang atau tempat, dll); ~ cap huruf tegak yg tidak bersambung; ~ cetak huruf yg biasa dipakai dlm buku, risalah, dsb yg dicetak; ~ hidup = ~ bunyi = ~ harakah = ~ saksi vokal; ~ Jawi huruf Arab utk menulis kata-kata Melayu; ~ kawi = ~ winggi tulisan Jawa Kuno; ~ kecil huruf yg biasa dipakai (lwn huruf besar); ~ lepas huruf yg tidak disambungkan (dirangkai-rangkaikan); ~ mad Ar huruf-huruf (alif, wau, dan ya) sbg tanda bacaan yg panjang; ~ mati huruf benar; ~ miring huruf cetak yg ditulis miring; ~ ringkas kependekan (spt KL utk Kuala Lumpur); ~ Rumi (Rumawi) huruf spt yg digunakan dlm tulisan Rumi bahasa Melayu (yakni A, B, C, D, dan seterusnya); ~ sambung huruf yg dirangkai-rangkaikan; ~ tebal huruf cetak yg tebal dakwatnya; ~ tulis huruf yg biasa dipakai dlm tulis-menulis; berhuruf memakai huruf, yg ditulis dgn huruf: buku yg ~ Rumi; penghurufan proses, perbuatan, seni, atau cara menulis huruf pd sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ruf] | حروف

Definisi : lambang bertulis yg digunakan utk menyatakan bunyi dlm sesuatu bahasa; lambang dlm abjad. ~ awal huruf yg pertama dlm sesuatu perkataan. ~ benar huruf selain huruf saksi atau vokal; konsonan (l, s, t dll). ~ besar huruf yg berukuran dan berbentuk khusus, biasanya digunakan sbg huruf pertama bagi perkataan dlm ayat atau huruf pertama pd kata nama khas spt nama orang, nama tempat (mis, A, B, D, L). ~ cap huruf yg ditulis tegak dan tidak bersambung. ~ cetak huruf yg digunakan dlm cetak-mencetak. ~ Jawi huruf Arab yg digunakan utk menulis kata-kata dlm bahasa Melayu. ~ kecil huruf yg biasa digunakan, bukan huruf besar (mis, a, b, d, l). ~ miring (condong) huruf yg miring ke kanan bentuknya. ~ ringkas kependekan (spt KL bagi Kuala Lumpur). ~ Rumi (Roman) huruf menurut abjad Latin (spt a, A, b, B). ~ saksi huruf a, e, i, o, u; vokal. ~ tebal huruf yg dicetak tebal. berhuruf menggunakan huruf; ditulis dgn huruf: Berikan perkataan seerti bagi perkataan-perkataan yg ~ condong dlm ayat-ayat di bawah ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
block letterhuruf cap; huruf blokKesenianTiadaHuruf blok: Huruf-huruf yang tidak dicantumkan.
casual mnemonicsmnemonik tertentuPerpustakaanTiadaAksara yang digunakan secara mnemonik dalam satu skim pengelasan dengan menggunakan huruf-huruf dalam notasi tersebut bagi menandakan subjek dalam keadaan tertentu supaya huruf-huruf notasi menjadi sama seperti huruf pertama bagi nama subjek.
ascenderkepala hurufTeknologi MaklumatTiadaBahagian atas sesuatu huruf kecil. Contohnya, kepala huruf bagi huruf 'h' ialah garis tegak. Huruf 'e' dan 'g' misalnya tidak mempunyai kepala huruf. Contoh huruf lain yang memiliki kepala huruf ialah 'b', 'd','f', dan 't'. Lihat rajah di bawah:
descendergaris bawahKomunikasiTiadaGaris yang terdapat pada bahagian bawah huruf-huruf kecil seperti huruf j, p, q dan sebagainya.
cursive letterhuruf kursifPerpustakaanTiadaHuruf-huruf bersambung yang terdapat di antara perkataan-perkataan.
cursivekursifPerpustakaanTiada1. Huruf-huruf bersambung yang terdapat di antara perkataan-perkataan.,2. Kumpulan bentuk huruf yang berasaskan tulisan tangan.
free hand letteringpenghurufan gaya bebasLandskapTiadaProses menu lis huruf tanpa menggunakan templat huruf. Huruf ini biasanya dicipta mengikut gaya tersendiri pelukis.
telestichakrostik akhirKesusasteraanTiadaHuruf-huruf akhir yang membentuk perkataan.
fountfonPentadbiran PerniagaanTiadaHuruf-huruf yang terdapat dalam setem.
cursivekursifKesenianTiada1. Huruf-huruf bersambung yang terdapat di antara perkataan-perkataan.
12345678910...

Kembali ke atas