Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ya (kata yg membawa makna mengakui, membenarkan, atau bersetuju dgn sesuatu): katanya, “I~, saya yg bersalah”; seia = ~ sekata sama-sama bersetuju dlm semua perkara, semuafakat: suami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa ~; beria 1. berkata ya; 2. bercakap-cakap, bermesyuarat; beria-ia 1. bercakap-cakap, bermesyuarat: isterinya sendiri bukanlah pantas utk lawan ~ bermesyuarat; 2. selalu berkata ya; 3. bersungguh-sungguh: dia ~ benar mengajak saya ke rumahnya; mengia mengatakan ia (sbg menjawab pertanyaan dsb): pelajar itu ~; mengiakan mengatakan ia (terhadap sesuatu), mengakui, menyetujui, membenarkan (sesuatu perkara, keterangan, cerita): dia mengangguk-anggukkan kepalanya ~ cerita itu; pengiaan perihal mengiakan sesuatu perkara, persetujuan, pengakuan, pengesahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg diucapkan utk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu; ya. beria-ia bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. mengiakan mengatakan ia; membenarkan; menyungguhkan: Saya ~ apa-apa yg dikatakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
distal proximal boxkotak proksimal distalPergigianTiadaBahagian kaviti kelas II di sebelah posterior. Ia berbentuk kotak dan mempunyai kedalaman yang lebih daripada lantai oklusi. Pinggir kotak proksimal mungkin berada di bawah paras gingiva bergantung kepada saiz karies.
mesial proximal boxkotak proksimal mesialPergigianTiadaBahagian kaviti kelas II di sebelah anterior. Ia berbentuk kotak dan mempunyai kedalaman yang lebih daripada lantai oklusi. Pinggir kotak proksimal mungkin berada di bawah paras gingiva bergantung kepada saiz karies.
ledgebiraiPergigianTiadaLebihan bahan restorasi yang membentuk pinggir di kawasan pinggir restorasi. Lebihan ini memudahkan sisa-sisa makanan terkumpul dan jika ia dibiarkan lama boleh mengakibatkan berlakunya karies di pinggir yang berbirai dan menyebabkan gusi menjadi radang atau bengkak. Birai dapat dikesan dengan menggunakan alat teroka. Bagi kaviti kelas II lebihan ini dapat dipastikan dengan menggunakan x-ray kerana ia tidak dapat dilihat. Birai yang dapat dikesan lebih awal boleh dibuang dengan menggunakan bur.
communication processproses komunikasiPentadbiranPentadbiran Awam

Satu siri tindakan berkongsi maksud melalui penyampaian mesej-mesej yang simbolik. Ia juga membawa maksud satu tindakan perkongsian maklumat antara seseorang dengan orang lain. Proses komunikasi melibatkan tiga aspek utama iaitu, (i) Komunikasi melibatkan manusia yang berhubung antara satu sama lain, (ii) Komunikasi melibatkan maksud yang dikongsi bersama, dan (iii) Komunikasi melibatkan simbol seperti gerakan, bunyi, huruf, nombor dan perkataan. Proses komunikasi secara keseluruhannya terbentuk melalui beberapa bahagian iaitu pengirim (sumber komunikasi), enkod (penukaran mesej kepada beberapa bentuk simbolik), mesej (produk fizikal sebenar yang hendak disampaikan), saluran (satu pengantara yang dipilih untuk memindahkan mesej), dekod (proses menterjemah simbol yang dihantar oleh pengirim kepada penerima dalam bentuk maklumat yang bermakna), penerima (individu yang akan mendekod simbol yang diterima) dan maklum balas (semakan hasil komunikasi). Dalam proses komunikasi terdapat gangguan yang dikenali sebagai kebisingan.

terminus post quemterminus post quemArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPengamatan terhadap kedudukan artifak dan stratigrafi tanah. Pengamatan ini berhubung dengan penentuan kedudukan dan lapisan budaya artifak. Siranya artifak berada di bawah lapisan lantai tanah, ia tidak mungkin berada pada lapisan budaya setelah pembentukan lantai tersebut. Keadaan ini dikenal sebagai terminus pos quem. Sebaliknya, jika artifak berada pada lapisan stratigrafi, keadaan ini dikenali sebagai terminus ante quem. Contohnya di tapak A ditemui tembikar C yang berada pada lapisan III dan pada waktu yang sama tembikar C dijumpai juga pada lapisan II di tapak B. Maka tembikar C merupakan terminus post quem. Keadaan tembikar sebaliknya, dikenali dengan terminus ante quem.
gingival floorlantai gingivaPergigianTiadaKawasan kaviti di kotak proksimal yang bersebelahan dengan gingiva. Lantai gingiva ini terletak sama ada di atas atau di bawah paras gingiva bergantung kepada keluasan karies. Lantai kaviti adalah baik jika terletak di supragingiva kerana ini akan mengurangkan iritasi pada tisu gingiva. Jika lantai kaviti berada di paras subgingiva permukaan restorasi harus digilap supaya licin agar ia tidak menjadi punca iritasi kepada tisu gingiva. Lantai gingiva akan bertemu dengan lantai oklusi jika terdapat karies yang dalam di oklusi. Lantai gingiva terdapat dalam kaviti kelas II, III atau V.

Kembali ke atas