ideal | unggul/ideal | Kesusasteraan | Tiada | Dengan segala unsur keindahan yang dilebih-lebihkan daripada yang sebenarnya. |
ideal educational endowment | endowmen pendidikan unggul | insurans | Tiada | Polisi ini direka bentuk untuk menyediakan wang bagi pelajaran anak-anak sekiranya pencari nafkah dalam keluarga tersebut mati. |
Ideal art | seni unggul | Kesenian | Tiada | Karya seni yang tidak menggambarkan bentuk objek yang sebenar tetapi tanggapan unggul terhadap objek tersebut. |
ideal gas law | hukum gas unggul | Farmasi | Tiada | Pernyataan kuantitatif tentang hubungan suhu, tekanan dan isi padu bagi sebarang gas yang tiada saling tindakan yang dapat diukur antara molekulnya. (hukum Boyle, hukum Charles dan hukum Gylussec). |
utopian | utopia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu keadaan yang mustahil untuk dicapai terutamanya mengenai suatu bentuk masyarakat yang ideal. Keadaan ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Walau bagaimanapun masyarakat yang ideal ini sukar dibentuk dalam realiti. Ciri-ciri utama masyarakat ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan secara bersama. Pemikiran sosialisme utopia ini dibentuk berasaskan idea ini. Seorang pendukung idea ini ialah Thomas Moore. |
communism | faham komunis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran yang ideal dan sempurna berhubung dengan kehidupan bernegara dan bermasyarakat yang terbentuk tanpa institusi pemerintahan, undang-undang dan struktur masyarakat berstrata. Pemikiran atau fahaman materialistik ini dicetuskan oleh Karl Marx berhubung dengan sebuah kehidupan dan negara yang adil serta sejahtera bagi semua golongan masyarakat. Dalam negara komunis, masyarakat hidup secara harmoni dan tidak ada persaingan kelas kerana semua anggota masyarakat dianggap sama statusnya. Konsep harta persendirian dan pemilikan individu dihapuskan untuk mengelakkan unsur miskin kaya dalam sistem ini. Sinonim komunisme. |
utopianism | utopianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mendukung pembinaan suatu masyarakat yang ideal tetapi mustahil untuk dicapai dalam kehidupan realiti. Fahaman ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Ciri-ciri utama masyarakat dalam fahaman ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak yang saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan bersama. Pemikiran sosialisme utopia dibentuk berasaskan idea ini. Thomas Moore merupakan salah seorang pengamal idea ini. Sinonim faham utopia. |
polyarchy | poliarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk demokrasi yang lebih realistik mengikut pandangan sarjana sains politik Robert Dahl. Menurut beliau, demokrasi yang sebenar merupakan satu bentuk politik yang ideal dengan penglibatan yang tinggi, keadilan dan kebebasan yang terbaik dan peranan pembangkang yang sempurna. Kajian ini dibukukan oleh Robert Dahl dalam tulisannya yang bertajuk Polyarchy: Participation and Opposition. Dalam alam nyata ini, keadaan sempurna tidak wujud sebaliknya yang wujud hanyalah kadar penglibatan yang sederhana, kadar keluar mengundi yang tidak mencapai l00 peratus dan kebebasan yang terhad. Dalam sistem ini, golongan pendesak memainkan peranan mempengaruhi dan menafikan pengawalan kerajaan dan golongan elit. |
platonic criticism | kritikan platonik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang memberikan tumpuan pada aspek kegunaan sastera seperti peranannya dalam mencapai tujuan moral dan agama. Kritikan ini tidak mementingkan nilai intrinsik karya, sebaliknya menitikberatkan nilai ekstrinsiknya. Kritikan ini berdasarkan falsafah plato (pada abad keempat SM). Dalam perspektif Platonisme, dunia zahir ialah bayarangan kepada dunia yang ideal. Kebenaran perkara dan objek material dalam dunia zahir ialah idea tentang perkara objek material tersebut atau sebaliknya. Justeru, seperti dunia zahir yang merupakan imitasi bagi dunia yang ideal, maka seni (termasuklah puisi) ialah imitasi bagi dunia zahir. Dalam konteks ini, puisi tetap merupakan bayangan kebenaran, walaupun sebenarnya kekeliruan. Lihat juga kritikan mimetik, mimesis. |
asceticism | kezahidan | Sains Sukan | Biomekanik | Penafian terhadap aspek keperluan fizikal bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya diberikan terhadap aspek psikologi atau mental. Contohnya, sebelum melakukan aksi terjunan dalam acara sukan terjun, seseorang atlet itu perlu memberikan perhatian terhadap aspek psikologi, misalnya merenung untuk menghasilkan terjunan yang ideal. |