identity crisis | krisis identiti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang keliru atau tidak pasti sesebuah masyarakat akan arah perkembangan budaya dan identitinya. Subbudaya yang pelbagai telah menghalang pembentukan satu identiti sepadu dan perkembangan identiti kelihatan tidak menuju satu pertemuan yang menyatukan, sebaliknya terus bersifat perpecahan. Kekeliruan dan perpecahan ini melahirkan krisis identiti bagi masyarakat tersebut. Contohnya, pemiIihan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di India jelas menggambarkan krisis identiti negara tersebut apabila mereka gagal berkompromi untuk memilih salah satu bahasa tempatan untuk menduduki status tersebut. |
identity theft | kecurian identiti | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan menggunakan nama orang lain dan maklumat peribadi orang tersebut secara sengaja tanpa kebenaran pemilik identiti tersebut untuk mendapatkan faedah peribadi. Tindakan ini boleh dilakukan sama ada secara dalam atau luar talian. Contohnya, seseorang individu yang menggunakan maklumat kad kredit orang lain untuk tujuan pembelian barangan dalam talian. |
e-authentication | e-pengesahan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Proses pengesahan identiti seseorang secara elektronik, seperti tandatangan digital. Proses ini merupakan kaedah yang paling selamat untuk mengesahkan identiti seseorang ketika melakukan transaksi atau urusan dalam talian. Contohnya, pengesahan laporan kesihatan seseorang pesakit oleh seorang doktor secara elektronik sebelum dihantar kepada pakar perubatan yang berikutnya untuk dianalisis. |
herbal authentication | pengesahan herba | Herba | Tiada | Proses membuktikan kesahihan identiti dan ketulenan ubat mentah untuk memastikan ketekalan kualitinya. Spesies dan bahagian tumbuhan suatu herba biasanya dicamkan mengikut tatanama dan ciri botani masing-masing. Ketulenan suatu herba dipastikan tidak mengandungi sebarang bahan pemalsu, pencemar atau pengganti. Kesahihan identiti dan ketulenan bahan mentah boleh juga dipastikan dengan memperoleh sijil pengesahan daripada makmal analisis yang bertauliah. |
handshaking procedure | tatacara jabat tangan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sesi dialog permulaan antara dua entiti yang ingin berhubung antara satu sama lain. Dalam sesi ini, protokol komunikasi ditentukan, seterusnya penukargantian identiti antara entiti yang berhubung serta pengesahan identiti dilakukan sebelum penukargantian data boleh berlangsung. |
secession | pemisahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan yang mahu memisahkan satu wilayah dalam sesebuah negara untuk menjadi sebuah negara yang baru dan merdeka. Gerakan ini wujud dalam sebuah wilayah yang memiliki satu identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti majoriti rakyat atau nasional negara tersebut seperti bahasa, agama, budaya dan warna kulit. Gerakan ini boleh bersifat penentangan bersenjata dan kekerasan yang sering berakhir dengan jumlah korban yang tinggi atau boleh juga secara sah melalui parti politik, NGO dan mengusulkannya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau badan antarabangsa yang diiktiraf. Contohnya, Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Tamil Eelam di Sri Lanka. |
gender identity | identiti gender | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
personal identity disturbance | gangguan identiti peribadi | Kejururawatan | Tiada | Kegagalan seseorang individu mengenali dan memahami diri sendiri disebabkan gangguan mental. |
spoof | perdaya | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penyamaran identiti aset sistem komputer seperti data, pengguna atau peranti untuk memperdaya pihak yang disasarkan tentang kesahihan aset berkenaan, sumber dan sebagainya. |
cisgender | cisgender | Sosiologi | Tiada | Berkenaan seseorang yang identiti jantinanya sama seperti maklumat jantina yang didaftarkan semasa lahir. |