Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.déo.lo.gi] | ايديولوݢي

Definisi : (idéologi) faham (ajaran) yg dipakai atau yg dicita-citakan utk dasar pemerintahan dll: demokrasi ialah satu ~ yg diagung-agungkan oleh orang-orang yg bertamadun; berideologi mempunyai ideologi, ada ideologinya; berideologikan menggunakan sesuatu fahaman sbg ideologi: sistem politik yg ~ nasionalisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.déo.lo.gi] | ايديولوݢي

Definisi : /idéologi/ aliran atau ajaran yg dijadikan dasar sesuatu pemerintahan atau yg menjadi pegangan sesuatu parti politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ideologi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan fahaman, falsafah, prinsip, kepercayaan, adicita.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
propagate filmfilem propagandaKomunikasiTiadaFilem yang mengandungi kecenderungan dan pendekatan penerbitan untuk menyalurkan ideologi, selalunya ideologi politik. Tujuannya ialah untuk menimbulkan sesuatu isu atau pengaruh.
bureaucracy ideologyideologi birokrasiPentadbiranPentadbiran Awam

Fahaman atau pendekatan dalam merancang dan melaksanakan proses pentadbiran dan pengurusan organisasi. Ideologi birokrasi merupakan satu pegangan yang diterapkan oleh pemimpin dan menjadi kerangka utama dalam proses pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan. Ideologi birokrasi biasanya melibatkan proses pentadbiran organisasi, kerajaan atau negara yang kompleks kerana mencakupi pelbagai jabatan atau bahagian. Ideologi birokrasi juga melibatkan pelbagai proses peraturan dan undang-undang. Antara faktor yang mempengaruhi pembentukan ideologi birokrasi ialah gaya kepimpinan, kelayakan akademik, kemahiran dan pengalaman dalam pentadbiran serta kepakaran dalam aspek kemanusiaan.

ideologyideologiSains PolitikHubungan AntarabangsaPola pemikiran yang menghuraikan dan mengesahkan struktur sosial dan kebudayaan sesuatu kelompok yang memberikan justifikasi terhadap pola tingkah laku, sikap dan matlamat kelompok tersebut. Menurut Destut de Tracy, pada awalnya ideologi dimaksudkan sebagai suatu sains atau kajian mengenai sistem idea. Ideologi menggambarkan atau merencanakan satu bentuk masyarakat ideal yang harus diwujudkan. Antara fungsi umum ideologi adalah seperti yang berikut: i. mempertahankan keabsahan sistem dan pemerintahan yang ada, pembahagian kuasa di dalamnya dan tindakan yang dibuat olehnya; ii. mempertikaikan keabsahan sistem yang ada; iii. platform perhubungan simbolik antara rakyat dengan pemerintah; iv. instrumen pemaksaan, v. instrumen perubahan masyarakat; vi. peranan perpaduan; dan vii. membentuk identiti diri. Contohnya, perang dingin yang melibatkan pertentangan dua ideologi utama, iaitu antara blok demokrasi yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang dipimpin oleh Kesatuan Soviet.
phallocentrismfalosentrismeKesusasteraanTiadaKecenderungan ke arah perspektif dan ideologi lelaki serta merendahkan atau menolak perspektif dan ideologi wanita. Contohnya, dalam novel D.H. Lawrence, suara dan tindak-tanduk watak wanita sering didominasi dan ditenggelamkan oleh suara dan tindakan watak lelaki. Falosentrisme sering digunakan dalam disiplin atau kritikan feminis dan dekonstruksi. Contoh terbaik mendedahkan falosentrisme ditemui dalam tulisan H�l�ne Cixous bertajuk The laugh of the Madusa yang mengkritik ciri-ciri falosentrisme dalam teori psikoanalisis Freud. Lihat juga dekonstruksi.
BawaBawaKesenianSeni BinaIdeologi dan gaya seni bina bangunan yang mengetengahkan reka bentuk vernakular moden di negara tropika. Idea reka bentuk ini diilhamkan mengikut persekitaran, tradisi dan budaya setempat yang disesuaikan dengan ciri-ciri konsep moden. Seni bina ini menitikberatkan hubungan simbiotik antara manusia dengan alam sekitar. Ideologi Bawa diasaskan oleh seorang arkitek terkemuka Sri Lanka bernama Geofrrey Bawa (1919-2003). Contoh pengaruh gaya seni Bawa dapat dilihat pada bangunan Datai, Langkawi.
ideologyideologiGeografiTiadaTiada
ideologyideologiKesusasteraanTiadaFahaman yang diguna untuk dasar pemerintahan dan lain-lain yang bukan berbentuk agama.
ideologyideologiPendidikanTiadaTiada
ideologyideologiPentadbiranTiadaTiada
ideologyideologiSosiologiTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas