idyll | idil | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang memerikan suasana latar dan kehidupan desa yang unggul, tenteram dan tidak kompleks. Karya sastera ini biasanya dalam bentuk prosa dan puisi. Contoh idil ditemui dalam karya the Passionate Shepherd to his Love oleh Marlowe, dan The Solitary Reaper oleh Wordsworth. Lihat juga pastoral. |
idyll | kedesaan; idil | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mencitrakan tentang kehidupan masyarakat yang bersuasana kedesaan dengan begitu bersahaja, sederhana, dan tidak melebih-lebihkan sesuatu imej yang dipaparkan. Contohnya, puisi Dharmawijaya yang berjudul "Senyum Anak Tani" dalam kumpulan Warna Maya. Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. |
pastoral | pastoral | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memerikan keadaan hidup desa yang sederhana, tenang, unggul, nostalgik dan secara tidak langsung mengkritik kehidupan kota. Puisi ini biasanya membawa unsur yang berikut: (a) Dialog atau pertandingan nyanyian antara dua orang gembala kambing. (b) Monolog yang berupa mimpi atau angan-angan gembala kambing. (c) Percintaan desa yang gagal atau berjaya. (d) Ratapan kematian seorang gembala kambing. Pada Zaman Renaissance, pastoral menjadi lebih mantap dengan membawa tema daripada kitab Injil dan kehidupan desa untuk menyampaikan mesej yang serius. Pastoral menggunakan unsur latar dan suasana daripada kedua-dua sumber tersebut untuk tujuan satira. Contohnya, Shepherd�s Calendar oleh Spenser dan Shepherd�s Week oleh John Gay. Sesetengah penyair menggunakan pastoral untuk menggambarkan kehidupan yang sederhana, contohnya karya bertajuk Lycidas oleh Milton dan Michael, dan A Pastoral Poem oleh Wordsworth. Pastor berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �gembala kambing�. Lihat juga idil. |