Kafkaesque | gaya Kafka | Kesusasteraan | Tiada | Gaya, nada, dan sikap watak yang terdapat dalam penulisan Franz Kafka. Secara umumnya, gaya Kafka melahirkan suasana igauan yang menakutkan, seolah-olah wujud kuasa kejam yang mengawal dunia igauan tersebut. Antara tema yang dipaparkan dalam penulisan Kafka ialah kehilangan identiti, pembangkitan rasa takut dan bersalah, serta penipuan pihak berkuasa yang menghalalkan kejahatan, seolah-olah hal tersebut merupakan suatu perkara yang wajar. Novel Kafka yang jelas mencerminkan ciri-ciri ini ialah The Trial (1925) dan The Castle (1926). |
surrealism | surealisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire. |
hyperbole | hiperbola | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan yang berlebih-lebihan. Penggunaan gaya ini bertujuan untuk menekankan sesuatu pandangan, perasaan dan pemikiran. Contohnya, petikan dari puisi "Erang (2)" dalam antologi Bunga Gerimis karya Azmi Yusoff. mengais impian hanyir segenap ceruk kota menyudu igauan hancing di setiap pelosok bandar raya |