Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.kan] | ايکن

Definisi : sj binatang berdarah sejuk yg hidup di dlm air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip utk berenang. ~ air tawar (darat) ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya). ~ asin (masin, kering) ikan yg dibubuhi garam dan dikeringkan. ~ basah ikan yg tidak mengalami sebarang proses (spt tidak dikeringkan, tidak dijeruk); ikan yg baru ditangkap. ~ laut ikan yg hidup di laut. ~ pelaga ikan kecil utk diperlagakan. ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api. perikanan urusan mengenai ikan: Jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Banyak ikan perkara ikan,
     Ikan bilis sedap sekali;
Banyak hitam perkara hitam,
     Hitam manis pemurah hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Sebab nila setitik,
     rosak susu (= santan) sebelanga.

Bermaksud :

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

 

Lihat selanjutnya...(91)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marine fishikan air lautPerikananAkuakulturIkan yang hidup di dalam laut pada tahap kemasinan 30 – 50 ppt. Contoh ikan air laut ialah ikan kerapu, ikan siakap, ikan bawal dan ikan haruan tasik yang diternak dalam sangkar laut terbuka. (SIHAT, TERNAK)
trash fishikan bajaPerikananAkuakulturHasil sampingan tangkapan ikan, khususnya daripada aktiviti pukat tunda. Ikan baja terdiri daripada ikan juvenil, ikan yang tidak bernilai komersial dan ikan yang bernilai komersial tetapi belum cukup besar untuk dijual. Ikan baja juga boleh dijadikan sebagai makanan ikan sangkar atau diproses sebagai tepung ikan.
ornamental fishikan hiasanPerikananAkuakulturIkan air tawar yang dijadikan hiasan dalam akuarium seperti ikan kelisa/arowana, ikan emas, ikan gupi dan ikan plati.
fish mealtepung ikanPerikananAkuakulturBahan asas utama yang digunakan dalam penyediaan makanan rumusan ikan dan udang. Tepung ikan mengandungi sumber protein yang tinggi dan kandungan asid amino perlu yang lengkap untuk keperluan ikan. Terdapat dua jenis sumber tepung ikan utama, iaitu tepung ikan import dan tepung ikan tempatan. Tepung ikan import diproses daripada hasil tangkapan ikan secara komersial khas untuk penghasilan tepung ikan, manakala tepung ikan tempatan diproses daripada hasil tangkapan sampingan atau ikan baja.
freshwater fishikan air tawarPerikananAkuakulturIkan yang hidup di persekitaran air yang mempunyai saliniti 0 ppt. Contoh ikan air tawar ialah ikan kelah, ikan patin dan ikan keli.
edwardsiellosisedwardsielosisPerikananAkuakulturPenyakit ikan yang disebabkan oleh bakteria Edwardsiella sp. Penyakit ini menyerang ikan air tawar, ikan air payau dan ikan air masin. Gejala penyakit adalah berbeza antara satu spesies dengan spesies yang lain. Antara contoh gejalanya ialah ikan berenang berpusing-pusing, ikan berkeadaan lemah, timbul ulser yang kecil pada badan atau septisemik dan pembentukan abses, serta perdarahan pada sirip.
endoparasitic infestationserangan endoparasitPerikananAkuakulturJangkitan penyakit ikan yang berpunca daripada serangan parasit hidup, seperti cacing gelang, cacing pipih, cacing berduri dan cacing pita pada otot dan organ dalaman ikan. Ikan yang dijangkiti menunjukkan tanda seperti benjolan berwarna hitam, kuning atau putih pada otot, atau perut yang kurus/buncit.
brackish water fishikan air payauPerikananAkuakulturIkan yang hidup di persekitaran paya bakau dan muara sungai pada tahap kemasinan 0.5 ­– 30 ppt. Contoh ikan air payau ialah ikan siakap dan ikan jenahak.
motile aeromonas septicemia (MAS)septisemia aeromonas motil (MAS)PerikananAkuakulturPenyakit ikan yang disebabkan oleh bakteria, Aeromonas hydrophila yang kebiasaannya menyerang ikan air tawar. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda bintik berdarah pada badan. Jangkitan ini juga boleh menyebabkan kadar kematian ikan yang tinggi. Contoh ikan yang boleh dijangkiti penyakit ini ialah ikan kap, sepat dan keli.
contagiousberjangkitPerikananAkuakulturKeadaan penyakit yang merebak dari seekor ikan kepada ikan yang lain. Contoh penyakit berjangkit ialah virus bintik putih pada udang dan protozoa bintik putih pada ikan.
12345678910...

Kembali ke atas