gumbang-gumbang(Baj., Sam.) | gumbang-gumbang(Baj., Sam.) | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur haiwan, berbentuk gigi ikan jerung, lazimnya diukir pada sarung senjata tradisional. |
lampbrush chromosome | kromosom berus lampu | Biologi | Histologi dan Sitologi | Kromosom tetrad diploten pada amfibia, burung dan ikan jerung tertentu yang kelihatan seperti “berus lampu” apabila dilihat dengan mikroskop elektron. Struktur yang kelihatan seperti “bulu berus” itu, sebenarnya gelung yang berpunca daripada paksi kromosom homolog yang dicantumkan oleh dua kiasma yang jauh letaknya. pada tahap awal, biasanya diplonem mempunyai empat bebenang tetrad tetapi di dalam kromosom berus lampu ini tiada sebarang sub-bahagian paksi kembar yang kelihatan pada empat bebenang tetrad ini kecuali pada tempat yang terhad. |
wounded bait fish | umpan ikan luka | Perikanan | Tiada | Umpan daripada ikan hidup yang dikelar supaya mengeluarkan darah dan bau. Umpan ini digunakan untuk menangkap ikan pemangsa seperti ikan jerung. |
dive light | lampu selam | Perikanan | Tiada | Lampu kalis air yang digunakan oleh penyelam pada waktu malam atau di kawasan yang tidak mempunyai cahaya. Lampu selam boleh terdiri daripada pelbagai jenis antaranya ialah lampu suluh biasa yang menggunakan bateri atau lampu kimia. Lampu kimia boleh digunakan untuk menghalau ikan jerung daripada menghampiri penyelam. |
extraembryonic membrane | membran ekstraembrio | Veterinar | Praklinikal | Struktur atau tisu yang berkembang daripada zigot tetapi tidak menyumbang kepada pembentukan fetus. Reptilia; unggas dan mamalia yang tergolong dalam kumpulan amniot mempunyai empat membran ekstraembrio; iaitu kantung yolka; amnion; korion dan alantois. Ikan bertulang; ikan berawan seperti jerung dan beberapa spesies amfibia hanya mempunyai kantung yolka. |
planktivorous | planktivorus | Sains Marin | Tiada | Organisma yang memakan plankton sama ada fitoplankton atau zooplankton. Planktivorus memperoleh makanan daripada pelbagai cara, sama ada yang memakan plankton secara selektif atau secara rambang. Contohnya, spesies ikan karang yang secara selektif mengutip zooplankton dari badan air. Organisma penuras ampaian seperti Bivalvia menapis sejumlah besar air dan menelan plankton secara pukal. Organisma besar seperti pari manta dan jerung paus berenang dengan mulut terbuka untuk menyaring air. Terdapat juga organisma yang mengepam air dan menapis menggunakan lembaran mukus. |
euphasid | eufasid | Sains Marin | Tiada | Kumpulan krustasia yang bersaiz kecil dan dikenali sebagai kril. Eufasid merupakan komponen penting dalam ekosistem marin kerana bertindak sebagai penghubung antara penghasil primer dan organisma pada aras trofik lebih tinggi. Eufasid menjadi makanan kepada berbagai-bagai lapisan organisma pengguna seperti ikan, udang, sotong, burung, malahan haiwan yang paling besar seperti jerung dan paus. |
sea eagle | helang laut | Perikanan | Tiada | Sejenis burung daripada famili Accipitridae, genus Haliaeetus. Burung ini berhijrah beribu-ribu kilometer sebelum mendarat atau berenang di permukaan air. Antara faktor penghijrahan burung ini ialah perubahan musim, pemakanan dan pembiakan. Helang laut gemar memakan hidupan akuatik yang terapung di permukaan air seperti sotong, anak-anak ikan atau udang baring (udang geragau). Burung ini juga kerap menjadi mangsa kepada pemangsa laut seperti jerung. Kehadiran helang laut di sesuatu kawasan menjadi produk pelancongan berteraskan ekologi. |