amylopectin | amilopektin | Herba | Fitokimia | Komponen kanji yang larut dalam air sejuk. Polimer ini mempunyai struktur yang bercabang dengan ikatan 1,6’-?-glikosida pada setiap 14 hingga 25 unit glukosa, di samping ikatan 1,4’-?-glikosida dalam rantai lurusnya. Banding amilosa. Lihat juga kanji. |
callose | kalosa | Botani | Tiada | Polisakarida yang terdiri daripada sisa glukosa yang terikat melalui ikatan (1-3) glikosida. Kalosa biasanya terdapat pada plat tapis di unsur tiub tapis dalam tisu floem dan kadangkala didinding tiub debunga. Mendapan kalosa terbentuk di sepanjang musim pertumbuhan hingga menyebabkan liang-liang tiub tapis tersumbat. Bagi sesetengah spesies, kalosa boleh larut melalui hidrolisis yang berlaku pada musim bunga dan pengaliran bahan antara sel dapat diteruskan. |
glycogen | glikogen | Bioteknologi | Tiada | Glukan bercabang yang mengandungi ikatan (1-4) dan (1-6) yang terdiri dariapda unit glukosa. Granul glikogen wujud di dalam bakteria, kulat, yis atau protozoa sebagai penyimpan makanan. Glikogen memberikan warna perang kemerahan apabila bertindak balas dengan iodin. |
hydrolase | hidrolase | Herba | Fitokimia | Kumpulan enzim yang memangkinkan tindak balas hidrolisis sesuatu substrat. Contohnya, amilase menghidrolisis amilosa kepada maltosa melalui pembelahan ikatan-1,4. |
starch | kanji | Herba | Fitokimia | Polimer karbohidrat atau polisakarida yang terdiri daripada campuran amilosa dan amilopektin. Kanji mengandungi unit berulang yang diikat dengan atom oksigen melalui ikatan 1,4’-α-glikosida. Kebanyakan kanji terdiri daripada 20% amilosa dan selebihnya amilopektin. Larutan kanji yang dipanaskan membentuk gel yang kental. Kanji terhadam dalam mulut dan perut oleh enzim glikosidase dan menghasilkan glukosa sebagai bahan sumber tenaga bagi hidupan. Sumber kanji ialah tumbuhan terutamanya jagung, kentang, ubi kayu dan beras. Kanji juga digunakan sebagai perekat dan pemekat bahan makanan serta digunakan sebagai bahan kemasan akhir bagi tekstil. |
amylose | amilosa | Kimia | Biokimia | Kanji yang larut di dalam air dan terbentuk daripada unit-unit glukosa yang diikat melalui ikatan 1,4-glikosida hingga membentuk rantai panjang tidak bercabang. Rantai ini berpintal, distabilkan oleh ikatan hidrogen dan mempunyai 6 monosakarida dalam satu pusingan. |
debranching enzyme | enzim penyahcabang | Kimia | Biokimia | Enzim yang memangkini hidrolisis sesuatu ikatan dalam polimer pada titik cabang, seperti enzim endoglukosidase yang memangkini hidrolisis ikatan-1,6 glikosida di dalam glikogen dan amilopektin pada titik cabang. |
dextran | dekstran | Sains Forensik | Tiada | Polimer glukosa bercabang yang dihasilkan oleh tindakan enzim dekstransukrase ke atas sukrosa. Dekstran wujud sebagai glukan (iaitu polisakarida yang terdiri daripada banyak unit glukosa) dengan ikatan 1, 6-glikosidik. Bahan ini boleh digunakan dalam medium kromatografi dan penapisan gel untuk memisahkan molekul berdasarkan saiz. Dekstran biru yang terdiri daripada dekstran yang diikat dengan pewarna biru digunakan sebagai pewarna untuk protein dan DNA. |
amylose | amilosa | Herba | Fitokimia | Komponen kanji yang tidak larut dalam air sejuk. Amilosa terdiri daripada beberapa ratus unit glukosa yang diikat melalui ikatan 1,4’-?-glikosida dan membentuk rantai panjang tidak bercabang. Rantai ini berpintal dengan enam unit monosakarida dalam satu pusingan yang distabilkan oleh ikatan hidrogen. Komponen inilah yang menghasilkan warna biru keunguan apabila kanji bertindak balas dengan iodin. Lihat juga kanji. Banding amilopektin. |
dextran | dekstran | Bioteknologi | Tiada | Polisakarida yang terhasil daripada tindakan enzim dekstransukrase, iaitu sejenis transglukosidase, terhadap sukrosa. Hasilnya ialah polimer yang terdiri daripada unit-unit glukosa dengan pembebasan fruktosa. Berat molekul dekstran ialah 15 000 - 500 000 dan wujud sebagai glukan dengan ikatan 1,6-glikosidik. |