Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.tiar] | اختيار

Definisi : Ar 1. pilihan (pertimbangan, kehendak, pendapat, dll) yg terbaik: apa ~ tuan mengenai masalah ini?; terserah kpd ~ tuan terserah kpd pertimbangan tuan; telah kehabisan ~ tidak dapat berbuat apa-apa lagi, telah hilang akal; 2. daya, upaya, usaha: segala ~ telah dijalankan tetapi penyakitnya belum juga sembuh; mencari ~ mencari jalan, mencari akal; ~ menjalani, untung menyudahi prb usaha mestilah dijalankan utk mencapai sesuatu maksud (berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib); berikhtiar berusaha, berdaya upaya: sekarang sudah sampailah masanya kita ~ membantu dia; mengikhtiarkan 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.tiar] | اختيار

Definisi : daya usaha yg dilakukan utk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan utk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhtiar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan daya, upaya, usaha, jalan, akal;,
Kata Terbitan : berikhtiar, mengikhtiarkan,

Peribahasa

Habis akal baru tawakal.

Bermaksud :

Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Amanah Ikhtiar MalaysiaAmanah Ikhtiar MalaysiaEkonomiEkonomi IslamSebuah institusi kewangan mikro yang khusus ditubuhkan di Malaysia untuk membasmi kemiskinan melalui penyediaan pinjaman tanpa faedah. Modalnya diperoleh daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Antara skim pinjaman yang ditawarkan ialah skim pembiayaan penyayang, skim pembiayaan ibu tunggal dan skim pembiayaan bestari. Penerima skim ini perlu memenuhi syarat tertentu seperti tingkat pendapatan yang rendah, membentuk kumpulan dan mengikuti latihan kemahiran yang diperlukan.
fruitless endeavourikhtiar sia-siaKejuruteraanTiadaTiada
health seeking actionikhtiar kesihatanPerubatanTiadaTindakan individu yang mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mencapai kualiti hidup yang optimum. Contoh, pemakanan yang seimbang dan mengamalkan senaman secara teratur.
good officejasa baikSains PolitikHubungan AntarabangsaIkhtiar yang diberikan oleh pihak ketiga bagi memulihkan atau meredakan ketegangan dalam hubungan antara pihak yang berkonflik. Jasa baik ini biasanya diberikan oleh pihak ketiga kepada pihak yang berkonflik seperti menghantar perunding atau menyediakan tempat bagi membawa kesemua pihak yang berkonflik untuk bersemuka. Contohnya, Malaysia telah menawarkan jasa baiknya untuk mempertemukan pihak pejuang Pembebasan Islam Moro di Filipina dengan kerajaan Filipina.

Kembali ke atas