climate change refugee | pelarian perubahan iklim | Alam Sekitar | Tiada | Individu atau komuniti yang terpaksa berpindah meninggalkan rumah mereka secara tiba-tiba, disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran yang dicetuskan oleh perubahan iklim. Sinonim pelarian iklim. |
Climatic stress | Gangguan iklim | Pertanian | Tiada | Perkembangan tanaman yang tidak mencapai tahap optimum disebabkan keadaan iklim yang kurang sesuai. Contohnya, tanaman kubis yang memerlukan suhu optimum antara 15°C hingga 25°C, seperti yang terdapat di kawasan tanah tinggi akan menunjukkan gangguan iklim sekiranya ditanam di kawasan tanah rendah yang mempunyai suhu 29°C hingga 33°C. Antara simptom gangguan ini ialah kekurangan kandungan bahan kering yang merendahkan kualiti dan memperlahankan kadar tumbesaran. |
climate migrant | pehijrah iklim | Alam Sekitar | Tiada | Individu atau komuniti berpindah meninggalkan rumah mereka secara beransur-ansur disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran yang dicetuskan oleh perubahan iklim. |
climate migration | penghijrahan iklim | Alam Sekitar | Tiada | Pergerakan individu atau komuniti berpindah meninggalkan rumah mereka secara beransur-ansur disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran yang dicetuskan oleh perubahan iklim. |
climate change | perubahan iklim | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Peralihan cuaca yang berlaku dalam tempoh yang lama dan dikaitkan dengan peningkatan suhu secara sejagat serta menghasilkan pola iklim baharu, contohnya fenomena El Niño dan La Niña. |
climate refugee | pelarian iklim | Alam Sekitar | Tiada | Lihat climate change refugee |
climate criminal | penjenayah iklim | Alam Sekitar | Tiada | Individu, perniagaan, negara atau entiti yang melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang secara langsung melalui aktiviti atau tindakan merosakkan alam sekitar. |
climatic comfort zone | zon keselesaan iklim | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bahagian bandar yang ditentukan paras keselesaannya berdasarkan faktor antaranya ialah suhu, kelembapan udara, pergerakan udara dan sinaran. |
formal region | wilayah formal | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kawasan geografi yang seragam atau serupa mengikut kriteria tertentu seperti muka bumi, iklim, dan ciri-ciri geologi. |
historical criticism | kritikan historis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru. |