Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


ʕil.mu]/[ilmu] | علمو

Definisi : 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; berilmu mempunyai banyak ilmu, berpengetahuan: orang yg ~ dapat membezakan antara baik dan jahat, benar dan salah; mengilmukan 1. menyelitkan unsur-unsur ilmu kpd sesuatu: bagaimana utk ~ semula karya sastera kita; 2. menjadikan individu atau kelompok individu berilmu: tugas penterjemah berat, terutamanya dlm tanggungjawabnya ~ masyarakat; keilmuan perihal ilmu, menurut ilmu pengetahuan, ilmiah: saya tahu dr dekat akan suasana ~ tempat ia bekerja; bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~; pengilmuan perbuatan mengilmukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

ʕil.mu]/[ilmu] | علمو

Definisi : 1 kemampuan utk mengetahui atau memaklumi kebenaran, kenyataan ttg sesuatu. 2 segala jenis pengetahuan atau kepandaian (mengenai dunia, akhirat, lahir, batin dll) yg diperoleh melalui pengalaman, pendidikan dll. ~ akhirat ilmu (pengetahuan, amalan) yg berkaitan dgn akhirat. ~ masyarakat pengetahuan mengenai hidup manusia dlm masyarakat. berilmu 1 berkemampuan utk mengetahui atau memaklumi kenyataan ttg sesuatu; mempunyai ilmu: Hidup tidak ~ seumpama berjalan dlm gelap. 2 berpengetahuan; bijak; pandai. keilmuan hal-hal mengenai ilmu: Bahasa Malaysia semakin berkembang sejajar dgn perkembangan ~. ilmuwan orang yg melibatkan diri dlm bidang keilmuan; ahli akademik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Seperti ilmu padi hampa,
     makin lama makin mencongak.

Bermaksud :

Orang sombong, cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biophysicsbiofizikSains SukanBiomekanikCabang ilmu sains sukan yang mengaplikasikan prinsip dan kaedah fizik dalam sistem biologi, yang memfokuskan aspek saintifik pergerakan manusia. Cabang ilmu ini melibatkan disiplin ilmu biomekanik, anatomi, fisiologi, kawalan motor dan psikologi.
sufistic poetrypuisi sufistikKesusasteraanPuisiPuisi yang membawa tema dan persoalan serta amanat yang berhubungan dengan ilmu tasawuf iaitu ilmu yang berhubung ketuhanan. Beberapa buah syair yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri pada abad ke-17 di Aceh umpamanya Syair Sidang Fakir dan Syair Perahu digolongkan ke dalam puisi sufistik ini.
occult fictionfiksyen ilmu hitamKesusasteraanTiadaFiksyen yang berasaskan sistem pemikiran mistik atau fiksyen supernatural. Fiksyen ilmu hitam berdasarkan andaian bahawa terdapat realiti misteri yang berada di luar jangkauan dunia nyata. Realiti misteri ini digarap melalui amalan seperti ilmu sihir dan telepati. Telepati ialah perhubungan fikiran dan perasaan secara langsung antara minda seseorang dengan minda seseorang yang lain tanpa melalui deria yang biasa. Fiksyen ini merangkumi cerita fantasi, seram, dan rasukan. Contohnya, The Exorcist oleh William Peter Blatty.
biomechanicsbiomekanikSains SukanBiomekanikDisiplin ilmu yang mengaplikasikan prinsip mekanik dalam kajian pergerakan organisma hidup. Dalam pergerakan manusia, disiplin ilmu ini menggabungkan aspek anatomi dan mekanik untuk menganalisis keupayaan anggota badan menghasilkan pergerakan. Disiplin ilmu ini diaplikasikan dalam sains sukan bagi memperbaik teknik, memaksimumkan keupayaan fizikal untuk mencapai prestasi yang maksimum, mengurangkan kecederaan, selain boleh mereka cipta pakaian dan alatan sukan yang efisien. Selain kajian tentang pergerakan tubuh, aspek daya, momentum dan darjah pergerakan juga merupakan antara elemen yang dikaji dan diperhatikan dalam biomekanik.
ilmu al-bay�nilmu al-bay�nKesusasteraanTiadaLihat al-bay�n.
ilmu al-ma��n?.ilmu al-ma��n?.KesusasteraanTiadaLihat al-ma��n?.
hydrodynamics(ilmu) hidrodinamikFizikTiadaIlmu sains yang mengkaji pergerakan bendalir dan tindak balasnya dengan sempadan-sempadan.
silicon electronicselektronik silikon (ilmu)FizikNanoteknologiBidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan bahan semikonduktor silikon dalam pembuatan peranti elektronik. Peranti silikon yang paling ringkas terdiri daripada sambungan bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p. Ratusan ribu transistor kecil bersaiz mikro dapat dibina di atas satu kepingan wafer silikon dengan menggunakan teknik litografi bagi menghasilkan mikrocip. Contoh peranti elektronik silikon ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, dan mikrocip.
soft molecule electronicselektronik molekul lembut (ilmu)FizikNanoteknologiBidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan pembuatan peranti elektronik menggunakan satu atau lebih filem tipis molekul kecil atau polimer. Berbeza dengan peranti elektronik silikon yang dibina di atas wafer silikon yang keras, komponen peranti elektronik lembut dapat disusun atas permukaan substrat yang dapat lentur seperti kepingan kertas atau plastik. Contoh peranti elektronik lembut ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, bateri dan akhbar elektronik.
knowledge leadershipkepimpinan ilmuPengurusanTiadaKeupayaan seseorang untuk memimpin orang lain dengan menggunakan kemahiran seperti ilmu pengetahuan dan kemahiran komunikasi.
12345678910

Kembali ke atas