Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.lus.tra.si] | ايلوستراسي

Definisi : gambar (lukisan dsb) utk menerangkan atau menghiasi sesuatu (dlm buku, majalah, dll); berilustrasi mengandungi ilustrasi: kamus ~; mengilustrasi membuat (menyediakan) ilustrasi utk: tugasnya ~ buku itu; mengilustrasikan menerangkan sesuatu maklumat dgn memberikan ilustrasi: model-model ini boleh diilustrasikan dlm gambar rajah ini; beliau ~ betapa pemahaman Islam di kalangan masyarakat sangat dangkal dan bersifat ritual sahaja; pengilustrasian perbuatan mengilustrasi: buku tersebut telah mencapai satu tahap penulisan, penyuntingan, dan ~ yg boleh dipertanggungjawabkan; pengilustrasi orang yg membuat ilustrasi: tujuan dan arah sesebuah kartun itu terletak pd ~ itu sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.lus.tra.si] | ايلوستراسي

Definisi : gambar, diagram dll dlm buku, majalah dsb. berilustrasi ada ilustrasi: kamus ~ kamus yg memberikan makna dlm bentuk gambar, diagram dsb serta keterangan sedikit. mengilustrasikan memberikan atau menunjukkan ilustrasi bagi sesuatu yg diterangkan; menjelaskan sesuatu dgn memberikan ilustrasi bagi barangan dsb yg dijelaskan: Jurujual itu ~ model-model barangan yg dipromosikan. pengilustrasian perbuatan atau hal mengilustrasikan sesuatu: Buku itu mencapai tahap penulisan dan ~ yg boleh dipertanggungjawabkan. pengilustrasi orang atau pihak yg membuat ilustrasi: Tujuan lukisan dlm komik itu terletak pd ~ itu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilustrasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gambar, rajah, gambar rajah, foto, lakaran, lukisan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
illustrationilustrasi-TiadaBahan visual seperti lukisan, gambar rajah, foto, peta, jadual, carta yang digunakan untuk menyokong keterangan dalam teks atau sebagai penyendal atau hiasan dalam sesuatu bahan terbitan.
digital illustrationilustrasi digital-TiadaBahan grafik dalam bentuk imej vektor yang dihasilkan melalui perisian tertentu.
illustratorilustrator-TiadaIndividu yang menghasilkan ilustrasi.
appendixlampiran-TiadaBahan sokongan seperti teks, ilustrasi dan data yang dilampirkan di bahagian akhiran bahan penerbitan.
copysalinan; naskhah; kopiKesenianTiadaTeks atau ilustrasi untuk dicetak.
copysalinan; naskhah; kopiPerpustakaanTiada1. Teks atau ilustrasi untuk dicetak. 2. Naskhah: Satu spesimen buku bercetak. 3. Salinan: Bahan yang terhasil melalui kaedah fotografi, proses hasil semula atau kaedah-kaedah lain.
storyboardpapan ceritaTeknologi Maklumate-PembelajaranSet panel urutan ilustrasi atau imej yang memberikan visual awal penceritaan sesuatu animasi, gambar bergerak, grafik bergerak, media interaktif atau urutan lukisan. Papan cerita ini biasanya disertakan dengan arahan dan dialog, bagi menunjukkan perancangan keseluruhan tangkapan adegan untuk produksi filem, video, televisyen atau iklan.
flip bookbuku selakPendidikanTiadaBuku yang mengandungi rangkaian ilustrasi dari satu halaman ke satu halaman berikutnya yang dilihat seperti beranimasi apabila diselak secara pantas.
environmental fate modelmodel penentuan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauIlustrasi sistem yang menggambarkan proses pergerakan dan perubahan bahan kimia dalam alam sekitar serta pendedahan dan pengambilannya oleh biota.
environmental impact modelmodel kesan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauIlustrasi sistem yang menggambarkan proses yang digunakan secara meluas untuk mengkaji kesan terhadap alam sekitar daripada pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan antropologi.

Kembali ke atas