Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.bas.im.bas] | ايمبس٢

Definisi : hampir sama (serupa), seakan-akan: anak itu ada ~ rupa ayahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
imbas
Kata Terbitan : seimbas, imbas-imbas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ultrasonic scanning presentationimbasan ultrasonikTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBentuk paparan pada skrin ultrasonik oleh prob semasa proses pengujian bahan dilaksanakan. Terdapat tiga bentuk asas paparan yang dipersembahkan pada skrin ultrasonik, iaitu A, B dan C. Lihat juga imbas-A, imbas-B, imbas-C.
scanningpengimbasanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik menggerakkan prob pada permukaan bahan yang diuji. Pengimbasan bertujuan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan imej ketakselanjaran dalam bahan. Hasil pengimbasan daripada prob dengan bahan yang diuji, imej imbasan dapat dilihat pada paparan skrin alat pengesan kecacatan ultrasonik. Terdapat tiga jenis imbasan asas pada paparan skrin, iaitu imbas-A, imbas-B, dan imbas-C. Lihat juga imbas-A, imbas-B, imbas-C.
C-scanimbas-CTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSaiz ketakselanjaran dari bahan uji. Dalam imbas-C, satah imej adalah selari dengan corak imbasan prob. Pembentangan imbas-C dihasilkan melalui sistem pemerolehan data automatik menerusi sistem imbasan kawalan berkomputer. Get pengumpulan data dihasilkan melalui pemilihan isyarat pada imbas-A, dan amplitud atau masa perjalanan gelombang bunyi direkodkan pada selang masa tertentu ketika prob diimbas pada permukaan bahan uji.
flashbackimbas kembaliKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res.
B-scanimbas-BTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPaparan yang menunjukkan pandangan profil keratan rentas bahan uji. Dalam imbas-B, masa perjalanan gelombang bunyi dipaparkan sepanjang paksi menegak dan kedudukan linear prob dipaparkan pada paksi mendatar. Kedudukan kedalaman dan saiz pemantul bahan uji pada arah imbasan dapat diketahui dan ditentukan. Contohnya, pada rajah nombor rajah terdapat dua jenis pantulan bunyi dari bahan uji (a-a dan b-b) yang berbeza bentuk, saiz dan kedalaman dan akhirnya menghasilkan imej imbas-B.
flashforwardimbas depanKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memberikan gambaran dan isyarat kepada pembaca tentang apa yang akan berlaku pada cerita selanjutnya. Contohnya, kemungkinan berlakunya malapetaka. Imbas depan sering digunakan untuk meningkatkan ketegangan pembaca atau membolehkan pembaca menerima apa yang berlaku dan bukannya di luar dugaan. Imbas depan dikenali juga sebagai kilas atau bayangan depan. Lihat juga pemikat naratif.
A-scanimbas-ATeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPaparan yang menunjukkan denyut ultrasonik apabila prob digerakkan pada permukaan bahan uji secara mendatar pada skrin. Pada posisi ini, masa transit yang diambil oleh gelombang ultrasonik untuk bergerak di dalam bahan digambarkan pada paksi mendatar manakala amplitudnya pada paksi menegak.
analepsisanalepsisKesusasteraanTiadaImbas kembali yang mengisahkan peristiwa terdahulu dan mengganggu kronologi plot.
prolepsisprolepsisKesusasteraanTiadaImbas muka yang mengganggu urutan kronologi naratif.
internal analepsisanalepsis dalamanKesusasteraanTiadaImbas kembali yang merujuk kepada peristiwa terdahulu dalam naratif dan mengganggu kronologi plot.
12

Kembali ke atas