chip | suban; serpih; racik; cip (elektronik) | Perpustakaan | Tiada | Unit mikrofilem yang mengandungi imej mikro, atau imej-imej yang lain dan pengenalan berkod yang digunakan dalam sistem mendapat kembali maklumat secara automatik. |
characterization | pencirian; perwatakan | Kesusasteraan | Tiada | Imej-imej manusia yang diimaginasikan penulis dicipta dengan begitu meyakinkan sehingga pembaca dapat merasakannya sebagai sesuatu yang nyata dan dari segi ukuran sesebuah cereka. |
intensity | keamatan | Kesusasteraan | Puisi | Keadaan yang amat sangat, dan bersungguh-sungguh dalam mencitrakan sesuatu imej, seperti imej alam, imej manusia dan sebagainya. Keadaan ini boleh meninggalkan pelbagai kesan seperti sedih, marah dan simpati kepada khalayak apabila puisi itu dideklamasikan. Sinonim intensiti. |
image rotation prism | prisma putaran imej | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Sistem dalam alat yang digunakan untuk memutarkan, membalikkan, atau mengembalikan imej kepada imej asal. Prisma putaran imej digunakan dalam mikroskop dan teleskop. |
pathos | belas hiba | Kesusasteraan | Puisi | Unsur yang berhubung dengan perasaan, terutama perasaan khalayak apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Unsur-unsur hibaan mungkin muncul pada seseorang pembaca apabila membaca sesebuah puisi yang mencitrakan imej-imej yang berhubungan dengan kekejaman, kezaliman, kemiskinan, kelaparan, keganasan, malapetaka, kematian dan sebagainya. Contohnya, puisi "Balada Orang-Orang Tercinta" dan puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" karya W.S. Rendra. Sinonim patos. |
image masking | penopengan imej | - | Tiada | Teknik yang digunakan untuk menyunting imej bagi menjadikan imej berkenaan lebih menarik. |
digital image | imej digital | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Perwakilan imej dalam bentuk digital. Pendigitan imej analog membenarkan perkembangan dan penambahbaikan proses analisis dalam bidang seperti pemeliharaan artifak, perubatan, astronomi, perundangan, dan pertahanan. Keupayaan pengkomputeran yang tinggi memudahkan lagi pemprosesan imej digital dengan lebih tepat, seperti pembinaan semula imej tengkorak yang rosak akibat kemalangan. |
teleradiology | teleradiologi | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Kaedah transmisi imej radiologi seperti imej sinar-X, imbas CT, MRI dan ultrabunyi dari pelbagai lokasi dengan menggunakan komputer, rangkaian telefon dan kemudahan Internet. Transmisi imej ini dilakukan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dengan pakar perubatan lain atau bagi tujuan laporan pakar perubatan. Kaedah ini membolehkan pakar radiologi memberikan khidmat kepakaran mereka kepada pesakit yang sedang mendapatkan rawatan tanpa perlu berada di hospital. |
juxtaposition | jukstaposisi | Kesusasteraan | Tiada | Teknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan �bulan dan dian� menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan �taufan dan kolek� menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �meletakkan sebelah-menyebelah�. |
retinal disparity | dispariti retina | Sains Kesihatan | Tiada | Ketidaksamaan imej retina kanan dan imej retina kiri. |