Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pé.ria.lis.me] | ايمڤيرياليسمى

Definisi : (impérialisme) dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.pé.ria.lis.me] | ايمڤيرياليسمى

Definisi : /impérialisme/ fahaman politik yg bertujuan menjajah negara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imperialisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social imperialismimperialisme sosialSains PolitikPolitik PerbandinganPenaklukan yang tidak berlaku secara ketenteraan tetapi mempengaruhi kehidupan sosial sesebuah masyarakat dalam bentuk penjajahan mental, budaya dan sosial. Penjajahan sosial tidak melibatkan keganasan dan peperangan tetapi lebih bersifat penguasaan pemikiran, ruang epistemologi, budaya dan perlakuan sesebuah masyarakat yang telah ditawan oleh kuasa lain. Contohnya, penjajahan Barat terhadap negara Asia bukan sahaja telah menawan ekonomi dan politiknya tetapi juga telah membentuk imperialisme sosial sehingga kini.
imperialismimperialismeSains PolitikPolitik PerbandinganPenguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial atau budaya. Dengan penguasaan ini, penjajah akan mengeksploitasi segala sumber dan tenaga yang terdapat dalam negara tersebut untuk kepentingan negara mereka. Penguasaan ini tidak terbatas kepada aspek dan keuntungan ekonomi semata-mata tetapi juga terhadap aspek budaya, minda dan pemikiran rakyat di negara yang dijajah. Dengan pelbagai dasar yang dilancarkan seperti pelaksanaan sistem pendidikan, budaya, penyerapan nilai moral dan nilai estetika yang berorientasikan penjajah telah mempengaruhi pemikiran masyarakat yang dijajah itu.
noble savagenoble savageKesusasteraanTiadaKonsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi.
orientalismorientalismeKesusasteraanTiadaKonsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep �Timur� bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 berlaku pada zaman Imperialisme Eropah terutamanya dalam era empayar British. Wacana orientalisme biasanya mengandungi prejudis dan sikap bongkak Barat terhadap Timur. Wacana ini mempamerkan sentimen perkauman yang tebal dan anggapan tidak berasas atau terlampau umum dan menyeluruh. Oleh sebabv �ilmu� mengenai Timur ini disokong oleh jentera dan prasarana Barat, maka hal tersebut dianggap mempunyai kesahihan.

Kembali ke atas