Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pian] | ايمڤين

Definisi : yg diimpikan, angan-angan, khayalan: berkahwin dgn gadis ~nya; ®mimpi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.pian] | ايمڤين

Definisi : sesuatu yg diimpikan; cita-cita yg bukan-bukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
impi
Kata Terbitan : mengimpikan, impian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dream allegoryalegori impianKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi citra yang dimunculkan secara khayalan atau ilusi dengan menerapkan aliran kesedaran atau bawah sedar. Citra yang dilahirkan itu tidak dapat dijejaki kebenarannya. Sinonim alegori mimpi.
dream teampasukan impianUmumTiadaGabungan individu yang dianggap terbaik dan cemerlang dalam bidang masing-masing untuk sesuatu pertandingan atau aktiviti tertentu.
dream allegory/vision allegoryalegori impianKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang disampaikan dalam kerangka naratif mimpi, berbentuk pengetahuan atau kebenaran yang tidak mungkin diperolehi dalam dunia realiti watak.
dream allegoryalegori mimpiKesusasteraanPuisiLihat alegori impian.
memorymemoriKejururawatanTiadaKeupayaan otak menyimpan dan mengenang kembali perasaan, persepsi dan impian.
hyperbolehiperbolaKesusasteraanPuisiGaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan yang berlebih-lebihan. Penggunaan gaya ini bertujuan untuk menekankan sesuatu pandangan, perasaan dan pemikiran. Contohnya, petikan dari puisi "Erang (2)" dalam antologi Bunga Gerimis karya Azmi Yusoff. mengais impian hanyir segenap ceruk kota menyudu igauan hancing di setiap pelosok bandar raya
parodyparodiKesusasteraanPuisiPeniruan terhadap gaya sesebuah puisi yang dihasilkan oleh seseorang penyair yang lain. Peniruan mungkin sebahagian dan mungkin juga sepenuhnya. Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan unsur ejekan atau kelucuan kepada penyair asalnya. Contohnya, puisi "Bagaimana Kalau ..." karya Usman Awang. Bagaimana kalau pada suatu saat Ketika menjalankan tugas yang maha berat Untuk segala keturunan dan zuriat Pak Mudim tersilap meletakkan mata pisau Terpangkas sampai ke pangkal Tercapaikah impian Perdana Menteri meningkatkan Penduduk Malaysia sebanyak 70 juta?
pentastichpancabarisKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila.

Kembali ke atas