invitee | para jemputan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Seseorang yang datang ke sesuatu tempat sama ada dijemput secara eksplisit atau implisit. Contoh: orang yang datang untuk membeli-belah di pasar raya. |
interpretation | tafsiran | Kesusasteraan | Tiada | Pemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya |