Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pré.sio.nis.tik] | ايمڤريسيونيستيک

Definisi : (imprésionistik) lebih berdasarkan tanggapan, bukan fakta atau pengetahuan yg sebenarnya (bkn kritikan, karya dsb): acapkali kritikan yg dibuat itu bersifat ~ dan kurang mendalam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata impresionistik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
impressionistic criticismkritikan impresionistikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang termampu pada tindak balas peribadi pengkritik terhadap sesebuah karya sastera. Kritikan ini berusaha menghasilkan kembali tanggapan peribadi pengkritiknya. Oleh sebab itu, kritikan ini tidak memanfaatkan mana-nmana teori sastea untuki mengalisis teks. Kebebasan kritikan ini dikawal oleh kritikan baru dan kritikan praktikal yang mementingkan tatacara analisis teks sastera yang lebih formal sifatnya. Contoh pengkritik terkemuika yang mengamalkan kritikan ini laah Walter Pater (1839-1894).
affective fallacykekeliruan afektifKesusasteraanTiadaKonsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik.
impresionismimpresionismeKesusasteraanTiadaGaya penulisan sastera atau persepsi penulis yang dipaparkan dengan jelas pada plot dan watak dalam cerita. Gaya ini mula mendapat perhatian dan berpengaruh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Setiap lakaran penulis dibuat dengan terperinci, terutamanya apabila penulis ingin menggambarkan sesuatu watak di sesuatu tempat dan masa. Lakaran terperinci ini amat berbeza berbanding dengan gambaran objektif seseorang pemerhti yang kurang berminat dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Impresionisme dipinjamkan daripada dunia seni lukisan yang merujuk kepada suatu gaya melukis yang mula berpengaruh di Perancis pada pertengahan abad ke-19. Antara pelukis Barat yang terkenal mengamalkan gaya ini ialah Edouard Manet, Claude Monet, Edgar Degas dan Pierre Auguste Renoir. Ciri ketara dalam lukisan mereka ialah gaya mewujudkan sesuatu kesan ke atas benda lain, seperti memberikan penekanan kepada kesan cahaya ke atas objek yang dilukis. Hasilnya ialah suatu seni lukisan yang amat berbeza daripada lukisan yang dibuat dari sudut pandangan yang objektif. Fiksyen impresionistik bermula sebagai reaksi segolongan penulis ke atas gambaran kaku dan objektif dalam karya penulis naturalistik. Penekanan penulis naturalistik adalah melaui gambaran pengalaman yang dilalui oleh ahli masyarakat yang dilihat dari sudut yang objektif dan bukannya pengalaman individu yang lebih subjektif. Gaya impresionistik membebaskan penulis untuk membuat suatu gambaran terperinci terhadap watak dalam cerita sehingga berupaya memberikan penelitian mengenai pembentukan psikologi watak tersebut. Penulis Barat yang terkenal menggunakan gaya impresionistik ialah Joseph Conrad, Henry James dan Virginia Woolf.

Kembali ke atas