immunostimulant | perangsang imun | Perikanan | Akuakultur | Teknik atau bahan yang boleh merangsang peningkatan tindak balas imun dalam badan ikan. Contoh perangsang imun ialah vaksin, ekstrak yis atau vitamin C. |
immune response | respons imun | AIDS | Tiada | Aktiviti sistem imun badan melawan antigen. |
immune reconstitution | pembentukan semula imun | AIDS | Tiada | Pemulihan fungsi imun yang terjejas akibat rawatan atau infeksi seperti HIV. |
antigen | antigen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Molekul atau bahan asing yang mendorong respons imun di dalam badan untuk menghasilkan antibodi. Antigen boleh berasal dari dalam badan (antigen diri) atau dari persekitaran luaran (bukan diri). Antigen yang bersatu dengan sistem imun akan merangsang antibodi yang khusus. Jika sistem imun bertemu antigen yang tidak terdapat di dalam badan sendiri, antibodi akan melancarkan serangan ke atas antigen tersebut. Biasanya antigen adalah seperti peptida, polisakarida atau lipid. |
adaptogen | adaptogen | Herba | Tiada | Herba yang menggalakkan sistem imun bagi membantu tubuh menyesuaikan perubahan, mengawal atur stres dan mengembalikan kerintangan imun secara semula jadi. Contoh herba ini ialah pegaga, kacip fatimah, bawang putih, gingko, echinacea (ekinasea), ginseng dan goldenseal. |
immune system | sistem imun | Psikologi | Psikologi Umum | Sistem pertahanan badan yang boleh dipengaruhi oleh keadaan atau status kesihatan psikologi individu. Sistem ini didapati sangat berguna untuk mempertahankan diri individu terhadap serangan mikrob atau agen asing yang tidak diperlukan oleh badan. Sistem ini biasanya akan melibatkan aktiviti sel darah putih yang bertindak menyerang bakteria atau virus yang boleh menjejaskan kesihatan. Oleh sebab sistem imun dikawal oleh otak, maka sebarang perubahan yang mengganggu otak boleh menjejaskan sistem imun. Tekanan atau akitiviti emosi lain yang boleh menimbulkan gangguan dalam aktiviti otak juga akan mengganggu sistem imun. Contohnya, ramai pelajar mengadu tidak sihat pada minggu peperiksaan. Keadaan ini dikaitkan dengan kebimbangan untuk menduduki peperiksaan. Penyakit yang sering dialami oleh mereka pada masa tersebut ialah selesema, migrain dan demam. |
food allergen | alergen makanan | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Sejenis protein semula jadi dalam makanan yang menyebabkan sistem imun badan mengesannya sebagai bendasing. Imun badan akan menghasilkan antibodi spesifik yang menyebabkan alahan seperti urtikaria, ekzema, hidung berair, asma, bengkak pada muka, mulut dan tekak manakala keadaan yang mengancam nyawa dipanggil kejutan anafilaksis. Contoh alergen makanan ialah susu, telur, ikan, ketam, udang, sotong, badam, walnut, pekan, gandum, kacang tanah dan kacang soya. |
immunopharmacology | imunofarmakologi | Perubatan | Tiada | Satu subbidang farmakologi yang (mengkaji) merangkumi kesan farmakologi dan terapeutik ubat terhadap sistem imun humoral dan selular serta penggunaan ubat dalam rawatan penyakit atau masalah yang melibatkan sistem imun. Antara cabang imunofarmakologi ialah rawatan pemindahan organ, penyakit autoimun dan vaksin. |
hypogammaglobulinaemia | hipogamaglobulinemia | Veterinar | Praklinikal | Kepekatan imunoglobulin atau antibodi yang kurang dalam darah. Antara penyebab keadaan ini ialah kecacatan atau kekurangan sistem imun dan perencatan penghasilan imunoglobin oleh sistem imun. Hipogamaglobulinemia mengakibatkan haiwan mudah dijangkiti penyakit. |
immune | imun | Fizik | Tiada | Tiada |