passive immunisation | imunisasi pasif | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Proses untuk mewujudkan daya tahan terhadap jangkitan dengan memberikan antibodi yang sedia ada. Imunisasi pasif penting sebagai langkah segera untuk mengawal penularan wabak penyakit. Imunisasi ini juga diberikan apabila seseorang digigit anjing gila (rabies), tercucuk besi karat (tetanus) atau dipatuk ular berbisa. |
adverse events following immunization (AEFI) | kesan mudarat susulan imunisasi/ pengimunan (AEFI) | Perubatan | Tiada | Sebarang tanda, simptom, penyakit atau keputusan ujian makmal yang tidak normal setelah imunisasi/pengimunan. Bukan semua AEFI yang dilaporkan disebabkan oleh vaksin atau imunisasi/pengimunan. Sesetengah AEFI berlaku secara kebetulan dan tidak berkait dengan penggunaan vaksin. |
immunisation schedule | jadual imunisasi | Kejururawatan | Tiada | Ketetapan masa yang menunjukkan keperluan jenis imunisasi. Contohnya, bayi baru lahir diberi BCG dan hepatitis B dos pertama. |
booster dose | dos tambahan | Kejururawatan | Tiada | Dos ubat imunisasi yang diberi mengikut jadual untuk melanjutkan kesan dos imunisasi rangkaian pertama. |
contingent immunization | imunisasi kontingen | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bentuk pengurusan bon yang melibatkan kedua-dua elemen aktif dan pasif. Selagi keputusan yang memuaskan diperoleh maka portfolio bon itu diurus secara aktif, tetapi jika keputusan tidak memuaskan, maka portfolio bon itu akan diimunisasi serta-merta. |
contingent immunization | imunisasi kontingen | Ekonomi | Tiada | Tiada |
cash matching | pemadanan tunai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bentuk imunisasi yang melibatkan pembelian bon yang menghasilkan aliran tunai masuk yang sama dari segi pemasaan dan tempoh dengan satu set jangkaan aliran tunai dalam tempoh tertentu. |
genetic immunization | pengimunan genetik | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Kaedah imunisasi dengan menggunakan gen klon yang mengekod antigen untuk meningkatkan tindak balas imun. |
antihuman globulin | globulin antimanusia | Kimia | Forensik | Bahan yang dihasilkan secara imunisasi arnab atau haiwan lain dengan plasma protein manusia. Bahan ini digunakan dalam serologi kumpulan darah untuk mengesan kekurangan antibodi, dan merupakan reagen dalam ujian Coomb. |
health promotion strategy | strategi promosi kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan kesihatan. Contohnya, pendidikan kesihatan dan pemberian imunisasi. |