immunology | imunologi | Perikanan | Akuakultur | Kajian tentang sistem imun dalam ikan. Kajian ini merangkumi fungsi fisiologi ikan dalam keadaan sihat dan sakit, tindak balas ikan terhadap patogen dan aspek-aspek fiziko-kimia. |
biological assay | assai biologi | Herba | Tiada | Prosedur penentuan kandungan, kepekatan atau aktiviti suatu komponen fitokimia aktif dalam bahan herba yang diuji dengan menggunakan haiwan, tisu, organ, sel, mikroorganisma dan bahan imunologi. Kaedah ini menilai keberkesanan bahan mentah dan sediaan herba melalui penentuan aktiviti farmakologi, biokimia, imunologi dan mikrobiologi. Sampel bahan herba mestilah dibandingkan dan diassai dengan piawai secara serentak. |
biological assay | cerakin biologi | Herba | Pemiawaian | Prosedur untuk menentukan kandungan, kepekatan atau aktiviti sesuatu komponen fitokimia aktif dalam bahan herba yang diuji dengan menggunakan haiwan, tisu, organ, sel, mikroorganisma dan bahan imunologi. Kaedah ini adalah untuk menilai keberkesanan bahan mentah dan sediaan herba melalui penentuan aktiviti farmakologi, biokimia, imunologi dan mikrobiologi. Sampel bahan herba hendaklah dibandingkan dan dicerakin dengan piawai secara serentak. Contohnya, cerakin antiradang dengan menggunakan sebatian deksametason sebagai drug piawai bagi perbandingan terhadap ekstrak herba. |
autoimmune disease | penyakit autoimun | Kejururawatan | Tiada | Penyakit yang disebabkan oleh tindakan imunologi sel-sel individu sendiri atau antibodi ke atas sesetengah bahagian badan individu sendiri. Contohnya seperti reumatoid artritis dan glomerulonefritis. |