Ames test | ujian Ames | Sains Kesihatan | Tiada | Ujian in vitro untuk menentukan mutagenisiti dengan menggunakan strain bakteria mutan Salmonella tifimurium. |
DNA construct | binaan DNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Segmen DNA yang dibina secara in vitro untuk digunakan dalam eksperimen yang berkaitan. |
drug development | pembangunan drug | Herba | Pemiawaian | Proses penghasilan sebarang bahan aktif tumbuhan yang telah ditulenkan, iaitu bermula daripada pengekstrakan, pengasingan, penulenan, pencirian, kajian in vitro dan in vivo, dan ujian klinikal. |
Sanger sequencing | penjujukan Sanger | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah menentukan jujukan DNA berdasarkan penyisipan selektif serpihan rantaian penamat deoksiribonukleotida oleh polimerase DNA semasa proses replikasi DNA secara in vitro. |
DNA fragmentation | fragmentasi DNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pemotongan jujukan DNA yang besar, biasanya DNA kromosom kepada potongan-potongan DNA yang lebih kecil. Fragmentasi DNA berlaku secara spontan di dalam sel atau dilakukan secara in vitro. Fragmentasi DNA digunakan untuk membina perpustakaan DNA bagi pengklonan jujukan DNA. |
mating type | jenis mengawan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah mengawan, iaitu sama ada secara semula jadi atau buatan. Jenis mengawan semula jadi berlaku secara rawak atau melalui pemilihan sebelum mengawan manakala jenis mengawan buatan pula menggunakan kaedah permanian beradas atau in vitro. |