indicator | penunjuk | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti yang menggunakan lampu, tolok atau jarum penunjuk untuk memberi maklumat. |
indicator constant | pemalar penunjuk | Kimia | Kimia Analisis | Pemalar penguraian penunjuk asid (HIn) dalam larutan akueus. Pemalar penunjuk adalah seperti yang berikut: |
dial indicator | tolok dial | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tolok untuk mengukur perubahan saiz kepada unit terkecil. |
temperature indicator | penunjuk suhu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tolok suhu yang menggunakan lampu amaran. |
redox indicator | penunjuk redoks | Kimia | Kimia Analisis | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan takat akhir suatu titratan redoks. Terdapat dua jenis, iaitu penunjuk redoks sebenar dan penunjuk redoks tentu. Penunjuk redoks sebenar ialah apabila bahan itu mempunyai warna keadaan terturun yang berlainan dengan warna keadaan teroksidanya dan perubatan warna terjadi apabila berlaku perubahan keupayaan sistem titratan, misalnya sebatian ferum (II) fenantrolin. Penunjuk redoks tentu ialah bahan yang berubah warna hasil tindak balas nya dengan salah satu spesies dalam sistem titratan misalnya kanji. |
metallochrome indicator | penunjuk metalokrom | Kimia | Kimia Analisis | Ligan yang membentuk kompleks logam berwarna yang berbeza daripada warna asalnya dan digunakan sebagai penunjuk dalam pentitratan pengkompleksan. |
adsorption indicator | penunjuk penjerapan | Kimia | Kimia Analisis | Penunjuk yang digunakan untuk mengesan sedikit kelebihan bahan atau ion di dalam larutan. Apabila penunjuk ini dijerap, mendakan (bahan atau ion) akan menjadi berwarna. |
polarized indicator electrode | elektrod penunjuk terkutub | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang proses elektrodnya berlaku secara amat perlahan dan arus tidak boleh diperolehi tanpa menghasilkan voltan lampau. |
oil pressure indicator | penunjuk tekanan minyak | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tolok tekanan minyak dalam sistem pelinciran. |
tyre-were indicator | penunjuk haus tayar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jalur-jalur getah kecil yang membonggol dalam alur bunga tayar merentasi permukaan tayar, yang digunakan sebagai petunjuk takat haus tayar. |