Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.du/] | ايندوق

Definisi : Mn 1. ibu (terutamanya binatang), emak: kambingnya ada sepuluh ekor, yg sudah jadi ~ tiga ekor; 2. ki yg terutama, yg besar, yg menjadi pokok (asal, punca, asas): kesalahan yg telah kaulakukan itu adalah ~ kpd segala macam kesalahan; ~ ayam a) ayam betina yg sudah beranak; b) ki orang yg penakut; ~ bangsa bangsa yg menjadi punca suku-suku bangsa; ~ beras (nasi) Mn isteri; ~ cuka ibu kaki; ~ hutang hutang yg asal (tidak bercampur dgn bunga); ~ jari (tangan) ibu jari; ~ kaki ibu kaki; ~ kalimat ayat besar yg menjadi pokok cerita (dlm ayat yg bersambung-sambung); ~ karangan karangan yg terutama dlm akhbar atau majalah; ~ madu sarang lebah; ~ pisang pokok pisang yg mula-mula ditanam; ~ roti ragi utk adunan roti; ~ rumah rumah ibu (bahagian yg besar atau bahagian tengah rumah); ~ semang a) orang perempuan yg mengambil orang lain utk menumpang di rumahnya; b) orang yg memberi pekerjaan atau barang-barang (utk dijual) kpd orang lain; ~ sutera sarang ulat sutera; ~ tentera pasukan yg terbesar (dlm gerakan perang); berindukkan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg induk: contohnya, bahasa Latin dan bahasa Yunani yg ~ bahasa Indo-Eropah; perinduk, seperinduk semua yg berasal drpd satu ibu atau induk, sekeluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.du/] | ايندوق

Definisi : 1 ibu (terutamanya kpd binatang); emak: ~ ayam ayam betina yg telah mempunyai anak. 2 ki yg paling besar; yg terutama; yg paling penting: kapal ~ kapal perang yg besar yg mengangkut kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
induk (kata nama,)
Bahasa Asal :Minangkabau
1. Dalam konteks bincang
bersinonim dengan ibu, indung,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan asal, punca, pokok,

Kata Terbitan : perinduk, seperinduk,

Peribahasa

Bagai menggelikan induk ayam.

Bermaksud :

Memberanikan orang penakut.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ancestorleluhurPenternakanGenetik dan PembiakbakaanTuai induk atau induk bagi spesies atau kumpulan ternakan yang sedia ada. Individu daripadanya telah mewujudkan individu kini. Dua individu mempunyai pertalian genetik, sekiranya yang satu ialah leluhur pada yang satu lagi, atau kedua-duanya berkongsi leluhur yang sama dari masa lampau.
fecundityfekunditiPerikananAkuakulturTahap atau keupayaan seekor induk betina untuk menghasilkan telur. Fekunditi berkait rapat dengan saiz dan berat badan induk betina tersebut. Induk betina yang lebih besar akan menghasilkan telur yang lebih banyak.
archetypetipa indukKesusasteraanTiadaPerihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang dikongsi bersama. Ketidaksedaran itu mencetus kemunculan imej azali, atau yang dinamai tipa induk, dalam mitos, mimpi, elemen keagamaan, ritual perlakuan sosial, dan kesusasteraan. Apabila pembaca berhadapan dengan tipa induk, mereka mungkin akan tertarik dengannya. Pembaca akan memberikan tindak balas walaupun mereka tidak dapat menerangkan punca tindak balas tersebut. Dalam sastera Yunani purba, kisah mengenai manusia buta, pembunuhan bapa, sumbang muhrim, dan pembunuhan kejam merupakan contoh tipa induk yang digunakan oleh Sophocles dalam dramanya. Dalam sastera Barat, Hawthorne dan Melville menghasilkan karya yang mengaitkan tipa induk seperti imej dosa azali, pembalasan tuhan, dan kematian. Dalam sastera Nusantara pula, motif anak derhaka wujud dengan adanya watak seperti Malim Kundang (Sumatera), Nakhoda Manis (Brunei) dan Si Buto (Filipina). Sebuah lagi penulisan mengenai tipa induk ditemui dalam karya Anatomy of Criticism yang dihasilkan oleh pengkritik dari Kanada, iaitu Northrop Frye.
breeding evaluationpenilaian pembiakbakaanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah seragam untuk menilai keupayaan induk jantan membuntingkan haiwan betina normal dalam satu musim pembiakan. Penilaian pembiakbakaan induk jantan dapat diukur melalui tahap kesuburannya dan dibahagi kepada subur, separa subur atau tidak subur. Induk jantan subur akan menghasilkan jumlah anak dan pulangan ekonomi perladangan yang tinggi.
urtexturteksKesusasteraanTiadaVersi induk yang dijadikan asas untuk versi teks yang lain. Versi induk biasanya sudah tidak diperoleh, justeru perlu dibina semula melalui kritikan tekstual dengan menggunakan kaedah kajian filologi. Naskhah Hik?y?t Mel?yu yang dibawa dari Goa dianggap sebagai versi protaip Sej?r?h Mel?yu. Urteks berasal daripada bahasa Jerman urtext yang bermaksud �versi asal sesebuah teks�. Urteks dikenali juga sebagai urform, arketaip, prototaip. Lihat juga kritikan teks.
frame storycerita berbingkaiKesusasteraanTiadaCerita dalam cerita. Dalam cerita berbingkai, terdapat sebuah cerita induk atau cerita inti yang merangkumi cerita sisipan yang bersifat utuh kendiri dan bebas. Cerita induk biasnya menjadi bingkai kepada cerita sisipan dengan cara menyediakan plot utama dan latar naratif. Cerita sisipan berbentuk cerita moralistik atau teladan yang relevan untuk tema inti. Cerita sisipan sering dikaitkan dengan cerita induk oleh seseorang pencerita. Contoh yang amat popular ialah Hikayat Seribu Satu Malam, Hikayat Bakhtiar dan Hikayat Bayan Budiman.
conception ratekadar konsepsiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanUkuran kesuburan seekor induk betina semasa pengawanan. Pengiraan kadar konsepsi dibuat berpandukan bilangan induk bunting berbanding dengan jumlah bilangan yang dikawankan. Kadar konsepsi yang baik pada lembu adalah melebihi 55%.
subsidiary companyanak syarikatEkonomiTiadaSyarikat yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat lain yang dikenali sebagai syarikat induk. Mengikut Seksyen 5 Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat menjadi anak syarikat apabila keahlian lembaga pengarah anak syarikat itu dikuasai oleh syarikat induk, atau lebih daripada sesetengah hak mengundi pada anak syarikat dikuasai oleh syarikat induk, atau syarikat tersebut merupakan anak syarikat kepada anak syarikat lain bagi syarikat induk itu.
archetypal criticismkritikan arketaipKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang melibatkan analisis tipa induk dan mitos, jenis perwatakan, tema serta motif yang muncul berulang kali dalam kesusasteraan. Kritikan arketaip dipengaruhi kajian asal dalam bidang antropologi bandingan di Universiti Cambridge, terutamanya dalam karya J.G. Frazer berjudul The Golden Bough. Karya ini mengkaji bentuk mitos, ritual dan psikolgi C.G. Jung. Karya Northrop Frye berjudul Anatomy of Criticism membicarakan tipa induk yang muncul berulang kali dalam karya sastera sehingga pembaca mengenalinya sebagai elemen signifikan dalam pengalaman pembacaannya. Menurut Frye, tipa induk ini berulang dalam beberapa bentuk naratif di sepanjang sejarah kesusasteraan Barat. Sebagai contoh, situasi (motif menempuh alam kedewasaan), perwatakan (motif suami cemburu), perjalanan plot (jejaka bertemu gadis, gadis menolak pinangan jejaka, jejaka mendapat gadis), imej (motif bunga ros sebagai lambang percintaan) dan tema (kebebasan memilih dan suratan takdir). Kritikan ini dikenali juga sebagai kritikan tipa induk atau kritikan Jung. Lihat juga kritikan Jung, tipa induk.
criss crossing;kacukan silangPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah pembiakan bersilang yang melibatkan dua baka sebagai induk. Haiwan betina daripada hasil pembiakan tersebut akan digunakan pula sebagai pengganti bagi induk betina untuk kacukan seterusnya. Generasi haiwan betina seterusnya akan dikacukkan dengan baka penjantan yang berlawanan.
123456789

Kembali ke atas