infestation | infestasi | Herba | Tiada | Keadaan herba yang dicemari serangga dan haiwan seperti rodensia. Kehadiran bulu mamalia (tikus, kucing dan lain-lain), feses dan bahagian jasad serangga merupakan bukti utama infestasi. Infestasi dikesan dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop. Jika mengalami infestasi, bahan herba tersebut mesti dibuang dan tidak boleh digunakan dalam proses seterusnya. |
infestation level | tahap infestasi/tahap serangan | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
herbal stability | kestabilan herba | Herba | Tiada | Keadaan keutuhan dan integriti herba semasa penstoran, pemprosesan dan pemasaran. Kestabilan herba adalah penting untuk menjamin kualiti keselamatan dan keberkesanannya. Faktor yang mempengaruhi kestabilan ialah persekitaran seperti kelembapan, suhu, cahaya dan bahan pengoksida, dan faktor biologi dalaman seperti enzim dan luaran seperti serangan bakteria, kulapuk dan infestasi. |