income policy | dasar pendapatan | Ekonomi | Tiada | Dasar kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi, terutama inflasi melalui kawalan langsung ke atas harga dan mengadakan garis panduan kenaikan upah mengikut kadar daya pengeluaran pekerja. Ini bererti, kenaikan upah pekerja dibenarkan apabila daya pengeluaran pekerja bertambah. Dengan cara ini, masalah inflasi tolakan kos dapat dibendung. |
shrinkflation | penyusutan inflasi | Ekonomi | Tiada | Keadaan apabila saiz, kuantiti atau kualiti dalam sesuatu produk dikurangkan, tetapi dijual dengan harga yang sama. |
shrinkflation | penyusutan inflasi | Ekonomi | Tiada | Keadaan apabila saiz, kuantiti atau kualiti dalam sesuatu produk dikurangkan, tetapi dijual dengan harga yang sama. |
hedge against inflation | kalis inflasi | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
disinflation | disinflasi | Ekonomi | Tiada | Proses mengurangkan atau berlakunya pengurangan kadar inflasi yang tinggi. Misalnya, kemelesetan pada awal tahun 1980-an membawa kepada disinflasi pada tempoh tersebut. |
dovish monetary policy | polisi monetari berdiplomasi | Ekonomi | Tiada | Polisi monetari yang lebih berhati-hati dengan mengurangkan kadar faedah untuk merangsang ekonomi, pesimis terhadap pertumbuhan ekonomi dan menjangkakan inflasi akan berkurangan atau menjadi deflasi dan memberi isyarat kepada pasaran melalui unjuran atau panduan hadapan. |
hawkish monetary policy | polisi monetari agresif | Ekonomi | Tiada | Polisi monetari yang diketatkan dengan meningkatkan kadar faedah, mengurangkan kunci kira-kira bank pusat, meramalkan kenaikan kadar faedah masa hadapan, positif tentang gambaran pertumbuhan ekonomi dan menjangkakan inflasi akan meningkat. |
loss development factor | faktor perkembangan kerugian | insurans | Tiada | Faktor ini ialah untuk memberi insurer wang tambahan bagi membiayai perkembangan kerugian seterusnya dan membayar tuntutan yang lewat dilaporkan. Faktor ini diperkenalkan khusus untuk mengambil kira kenaikan kos kerugian akibat inflasi bagi tuntutan yang mengambil masa panjang untuk diselesaikan. |
development economics | ekonomi pembangunan | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang membincangkan masalah pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat dan masalah agihan semula pendapatan dan kekayaan negara supaya pemilikannya lebih setara. Ekonomi pembangunan juga membincangkan cara mengatasi masalah pengangguran dan inflasi. |
fiscal policy | dasar fiskal | Ekonomi | Tiada | Dasar kerajaan untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi dan seterusnya pertumbuhan ekonomi melalui perubahan perbelanjaan kerajaan dan sistem cukai. Umumnya, kerajaan akan menambahkan perbelanjaannya dan menurunkan kadar cukai untuk mengatasi masalah deflasi atau kemelesetan ekonomi. Sebaliknya, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaannya dan menaikkan kadar cukai untuk mengatasi inflasi. |