infra- | infra- | Perubatan | Tiada | Awalan menunjukkan terletak, berlaku atau terbentuk di bawah. |
infra red (IR) simulation | simulasi inframerah | Aeroangkasa | Tiada | Ujian bagi menentukan keupayaan sistem dalam persekitaran inframerah. |
Public Transport Infra-structure | Infrastruktur Pengangkutan Awam | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
greenhouse gas | gas rumah tanaman | Kejuruteraan | Tiada | Wap atau gas atmosfera yang menyerap tenaga infra-merah yang dipancarkan daripada bumi menyebabkan kesan rumah tanaman contohnya, karbon dioksida, wap air, metana dan klorofluorokarbon. |
actinic ray | sinar aktinik | Kimia | Tiada | Sinaran elektromagnet yang boleh menghasilkan perubahan-perubahan fotokimia termasuk sinaran cahaya nampak, infra-merah, ultra ungu dan sinaran x. |
remote sensing | pengesanan jarak jauh | Biologi | Ekologi | Kaedah peninjauan habitat dengan menggunakan alat-alat, seperti kamera, laser, pengesan infra-merah, penerima frekuensi radio dan gelombang mikro, serta sistem radar. |
spectroscope | spektroskop | Biologi | Fisiologi | Alat yang boleh menghuraikan cahaya putih kepada komponen warnanya (spektrum). Alat ini digunakan dalam bidang perubatan (spektroskop pandangan langsung, spektroskop klinik), kimia (spektroskop infra-merah) dan bidang-bidang lain. |
wireless LAN | LAN wayarles | Teknologi Maklumat | Tiada | Suatu rangkaian kawasan setempat yang menghantar isyarat gelombang elektromagnet melalui udara (tanpa menggunakan kabel) dengan menggunakan jalur frekuensi pembawa 2.4GHz atau 5GHz. Stesen tapak wayarles yang bertindak sebagai titik capaian internet disambung ke rangkaian Ethernet dengan menggunakan kabel. Titik capaian ini boleh menghantar isyarat frekuensi radio ke dalam kawasan yang jaraknya beberapa meter walaupun terdapat dinding dan lain-lain halangan bukan logam. Piawai LAN wayarles yang popular sekarang ialah IEEE 802.11 yang dikenali sebagai Wi-Fi. Contoh lain seperti Bluetooth dan irDA (infra merah). |