Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1 sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2 kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~nya masih kuat. 3 perhatian: Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa alat tulis sendiri. 4 ist bahagian dlm komputer yg menyimpan data atau maklumat, dan data atau maklumat tsb boleh didapatkan kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 
Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.

Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
demand stagingpemeringkatan tuntutKomputerTiadaPemindahan data atau blok ingatan dari ingatan sokongan ke ingatan utama hanya apabila diminta oleh atur cara yang sedang berjalan.
memoryingatanTeknologi MaklumatTiadaSatu ruang penyimpanan data dan suruhan secara sementara selagi komputer masih beroperasi. Ingatan tidak digunakan untuk menyimpan data secara kekal kerana mahal dan meruap. Ingatan selalu di interaksi/dicapai oleh CPU, tetapi ingatan berasingan dengan CPU. Secara asasnya, ruang storan ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk yang berbeza; (i) Untuk menyimpan atur cara sistem pengendalian dan perisian sistem. (ii) Untuk menyimpan atur cara aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data. (iii) Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder. (iv) Untuk menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam satu kawasan storan kerja. (v) Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada atur cara atau data jika diperlukan. Ciri penting ingatan ialah saiz dan kelajuan ingatan. Faktor saiz bergantung kepada kos. Faktor kelajuan adalah faktor terpenting dan bergantung kepada jenis ingatan. Ingatan juga disebut dengan pelbagai nama seperti ingatan

declarative memoryingatan deklaratifPsikologiPsikologi UmumIngatan tentang sesuatu fakta, peraturan, konsep dan peristiwa. Ingatan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu ingatan semantik dan ingatan episodik. Sinonim memori deklaratif.
RAM (random access memory)RAM (ingatan capaian rawak)Teknologi MaklumatTiadaIngatan yang boleh dibaca, ditulis dan diubah. Ingatan ini merupakan ingatan utama bagi sesebuah mikrokomputer. Kandungan ingatan ini hilang apabila bekalan kuasa diputuskan.
memory decayingatan merosotPsikologiPsikologi UmumIngatan yang beransur-ansur menjadi lemah sekiranya tidak digunakan dengan kerap. Contohnya, nombor telefon yang tidak digunakan dengan kerap akan beransur-ansur luput daripada ingatan. Sinonim ingatan susut.
cache memoryingatan cache/paraTeknologi MaklumatTiadaSejenis ingatan berkelajuan tinggi yang bertindak menyimpan sementara data/suruhan yang diperlukan oleh CPU dari ingatan. Data yang disimpan adalah data yang selalu dirujuk ataupun data yang paling baru dirujuk. Ingatan cache (disebut cash) direka bentuk untuk mempercepatkan pemindahan data/suruhan dalaman iaitu antara ingatan dan CPU. CPU akan mencari data/suruhan dalam ingatan cache dahulu, jika tiada akan mengambilnya dari ingatan dan akan juga disalin di cache selain dihantar ke CPU untuk kegunaan selanjutnya. Biasanya saiz cache untuk PC adalah 256KB sehingga 1MB. Cache ini dirujuk juga sebagai Cache paras 2 (L2) kerana berada diluar CPU. Semakin besar saiz cache semakin tinggi kelajuan pemprosesan. Harga ingatan cache adalah lebih mahal dari ingatan RAM.
Ig. Random Access Memory (RAM)Ingatan Capaian Rawak (RAM)Teknologi MaklumatTiadaIngatan untuk ditulis dan dibaca. Capaian rawak di sini bermaksud data boleh dicapai, ditulis atau disimpan di mana-mana tempat dalam ingatan dan secara langsung. Ingatan ini adalah meruap iaitu menyimpan data secara sementara selagi ada kuasa elektrik. Cip RAM yang selalu digunakan ialah DRAM dan SRAM. Dalam komputer peribadi, cip RAM selalunya di pasang pada papan induk menggunakan papan litar kecil yang disebut modul ingatan satu sebaris, SIMM (Single Inline Memory Module) ataupun modul ingatan dua sebaris DIMM (Dual Inline Memory Module).

procedural memoryingatan proseduralPsikologiPsikologi UmumIngatan yang menyimpan maklumat tentang cara membuat sesuatu perkara. Ingatan prosedural biasanya berlaku dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan kemahiran. Contohnya, seorang pembaling bola dalam sukan kriket memerlukan ingatan prosedural ketika membuat balingan bola tanpa terpaksa mengingat secara sedar langkah larian, tempat untuk membaling bola dan pancang untuk dibalingkan supaya dapat mematikan pemukulnya. Semasa pembelajaran membaling bola itu, pemain telah pun belajar teknik-teknik yang sesuai.
12345678910...

Kembali ke atas