deposit | cengkeram | Ekonomi | Tiada | Sebahagian wang yang pembeli bayar dahulu sebagai tanda setuju membeli barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penjual. Bayaran sepenuhnya akan dibuat kemudian apabila pembeli ingin mengambil barang tersebut atau ingin mendapatkan perkhidmatan yang dijanjikan. |
polysyndeton | ulang sendi | Kesusasteraan | Puisi | Ungkapan ringkas yang menggunakan perkataan atau frasa secara berurutan dengan menggunakan kata hubung. Contohnya, puisi yang kerap menggunakan polisindeton ini ialah "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar. Sinonim polisindeton. aku ingin menyelami dasar batinmu yang tenang dan gelisah aku ingin merasai jalan fikirnn dan tindakan akal urat nadi dan salur darahmu aku ingin menyusuri sejarahmu yang panjang dan bercabang. |
tone | nada | Kesusasteraan | Tiada | Perasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan. |
distorting of meaning | penyimpangan makna | Kesusasteraan | Puisi | Makna yang ingin ditimbulkan oleh penyair sama ada pada diksi, frasa ataupun kalin1at dalam sesebuah puisi berbeza daripada makna harfiah atau yang terdapat pada kamus biasa. Dalam puisi ini rumah kecil menggambarkan tentang tanah air bukannya mengenai tempat tinggal seseorang. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" karya Darma Mohamad. Rumah kecil menghadiahkan kehidupan yang permai dengan halaman lebar hingga ke dada padang dan padi membuka pandangan hingga ke sayap burung menembusi tabir awan. |
target gain | sasaran tambahan | Sains Kesihatan | Tiada | Nilai tambahan yang ingin dicapai pada suatu frekuensi dalam pemasangan alat bantu pendengaran. |
roadmap | peta hala tuju | Pentadbiran | Tiada | Suatu pelan atau strategi yang ingin dilaksanakan oleh individu, organisasi atau negara bagi mencapai matlamat yang khusus. |
world federalism | federalisme dunia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman atau gagasan yang ingin mewujudkan pemerintahan persekutuan yang besar sehingga mencapai peringkat dunia. Pemerintahan ini digambarkan dengan satu kerajaan pusat yang menguasai bidang-bidang penting dalam pemerintahan dunia, manakala negara-negara pula memiliki autonomi dalam bidang-bidang yang khusus seperti yang diamalkan dalam persekutuan sesebuah negara yang mempunyai pembahagian tugas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Sinonim faham persekutuan dunia. |
retainer clause (reinsurance) | fasal pembendungan (reinsurans) | insurans | Tiada | Fasal yang menyatakan amaun yang ingin ditanggung sendiri oleh sesebuah syarikat insurans. |
webroomer | peninjau bilik pameran maya | Umum | Tiada | Pembeli yang melihat-lihat produk yang ingin dibeli di kedai dalam talian, tetapi membeli produk tersebut di kedai fizikal. |
showrooming | tinjau bilik pameran | Umum | Tiada | Amalan mengunjungi kedai fizikal untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai dalam talian. |