Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ing.kar] | ايڠکر

Definisi : Ar 1. = ~ akan tidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal, mungkir: jika mereka ~ akan apa yg tersebut itu maka terserahlah kpd Allah; 2. enggan, tidak menurut, tidak mahu: ada orang yg ~ menderma; 3. penafian, penyangkalan, perihal memungkiri; mengingkari memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati, menuruti, dll), menderhakai: banyak askar yg lari, yg menjadi lanun dan dgn berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri; keingkaran 1. perihal ingkar (menafikan dll); 2. keengganan; pengingkaran perihal mengingkari (menafikan, menyangkal, mungkir), penafian, penyangkalan, pemungkiran; pengingkar orang atau pihak yg ingkar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ing.kar] | ايڠکر

Definisi : 1 tidak membenarkan; menafikan: Orang yg memuja berhala ialah orang yg ~ terhadap keesaan Allah. 2 tidak mahu; tidak menurut: Ada orang yg ~ beramal. mengingkari tidak mahu menerima perintah (suruhan dll); tidak mahu membenarkan; menyangkal; menafikan: Sesiapa yg ~ undang-undang berkurung ini akan ditembak. keingkaran hal ingkar; keengganan. pengingkaran perbuatan atau hal mengingkari. pengingkar orang atau pihak yg ingkar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingkar
Kata Terbitan : mengingkari, keingkaran, pengingkaran, pengingkar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
defaultingkarPentadbiran PerniagaanTiadaIngkar: Ketidakupayaan penerbit sekuriti hutang membayar faedah dan pokok atas hutangnya.
defaultingkarKejuruteraanTiadaTiada
defaultingkarMatematikTiadaTiada
defaultingkarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
defaultingkarEkonomiTiadaTiada
defaultingkarUndang-undangTiadaTiada
defaultingkar; ketentuanPentadbiran PerniagaanTiadaKetentuan: Ciri atau perisian pemprosesan kata yang telah ditentukan seperti ukuran garis, jarak garis dan tab.
default premiumpremium ingkarPentadbiran PerniagaanTiadaTambahan kepada kadar pulangan diperlukan kerana adanya risiko mungkir, iaitu kemungkinan penghutang tidak mampu membayar faedah dan/atau pokok.
default accountakaun ingkarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
default interestfaedah ingkarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
123

Kembali ke atas