Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.no.va.si] | اينوۏاسي

Definisi : 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
inovasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pembaharuan, perubahan, revolusi, fitur baru, kebaruan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
innovationinovasiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSegala pembaharuan yang dibuat untuk mendapatkan daya pengeluaran yang lebih tinggi.
experimental playsdrama eksperimentalKesusasteraanTiadaInovasi drama dalam konteks konsep dan teknik pementasan.
diffusionpenerapanPendidikanTiadaProses menyampaikan maklumat tentang inovasi kepada kumpulan tertentu dengan pelbagai strategi dan teknik.
avant-gardeavant-gardeKesusasteraanTiadaPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan,latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme.
avant-gardegarda depanKesusasteraanTiadaPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme.
e-healthe-kesihatanTeknologi Maklumate-KesihatanPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta inovasi untuk mempertingkat kesihatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Antara sistem yang menggunakan teknologi terkini ialah rekod kesihatan elektronik (EHR), rekod perubatan elektronik (EMR), dan sistem maklumat hospital (HIS). Sinonim e-perubatan.
applied sustainable systemsistem mampan terapanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSistem yang mempunyai entiti lestari melibatkan penerapan sains, teknologi, inovasi dan sains sosial untuk mengekalkan keseluruhan ekosistem.
Regional Health Information Organization (RHIO)Organisasi Maklumat Kesihatan Serantau (RHIO)Teknologi Maklumate-KesihatanKumpulan negara serantau yang berkongsi maklumat penjagaan kesihatan secara elektronik berdasarkan piawaian teknologi maklumat kesihatan (HIT) yang diiktiraf. Kumpulan ini berkongsi maklumat secara menyeluruh antara agensi kerajaan dengan swasta dalam sesebuah negara yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama komunikasi dan inovasi teknikal untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan serantau.
nouveau romannouveau romanKesusasteraanTiadaGerakan di Perancis pada dekad 40-an hingga 60-an yang mempertikaikan bentuk novel konvensional. Gerakan ini rata-ratanya bersifat realistik dan menekankan plot, perwatakan, naratif dan sebaliknya. Gerakan ini membawa kelainan dan perubahan yang bersifat inovatif dalam struktur novel yang diterima pakai pada masa kini, di samping mendobrak tanggapan dan andaian khalayak terhadap bentuk sebuah novel. Antara inovasi yang diperkenalkan termasuklah menekankan kelencongan bahasa untuk tujuan mengetengahkan kepentingan bahasa dalam novel, serta memperakukan dengan jelas sifat kecerekaan sesebuah naratif. Hal ini berbeza dengan konsep novel dewasa yang menerima bentuk novel sebagai rakaman kenyataan atau gambaran kenyataan yang tepat. Salah seorang penulis yang mencetuskan gerakan ini ialah Alain Robbe-Grillet dalam tulisannya For A New Novel yang menjelaskan bahawa tujuan novel baharu ini adalah untuk �meninggalkan bentuk lama novel�. Penulis lain yang turut menyumbang kepada gerakan ini ialah Michel Butor, Claude Maurice, marguerite Dumas, Nathalie Sarraute dan sebagainya. Contoh dalam sastera Melayu ialah novel Burok oleh Rahman Shaari. Istilah nouveau roman berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud �novel baharu�. Lihat juga antinovel, avant-garde, metafiksyen.
oriental despotismkuku besi ketimuranSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang menggambarkan pemerintahan kuku besi yang sangat terkawal apabila kuasa dalam pemerintahan ini tertumpu kepada sebilangan kecil pemerintah yang mendominasi segala aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Pemerintahan juga tidak berlandaskan undang-undang sebaliknya menggunakan kuasa tentera untuk menghapuskan sebarang gerakan menentang kerajaan. Dalam sistem ini, kebebasan dan keadilan tidak mendapat tempat. Dari segi sejarah, konsep despotisme mula diperkenal oleh Monstesquieu yang cuba menggambarkan bagaimana perkembangan dan perubahan cuaca dan iklim sangat mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat Asia. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Marx yang menjelaskan sifat Asiatic Mode of Production atau bentuk pengeluaran masyarakat timur yang dicirikan sebagai ringkas, tradisional, sara diri dan enggan menerima inovasi. Wittfogel seterusnya mengembangkan konsep ini dalam karyanya Oriental Despotism yang menghuraikan sifat masyarakat hidraulik atau keperluan penggunaan sistem terusan air yang besar dan terancang bagi kepentingan pembangunan ekonomi masyarakat timur. Justeru itu, ia memerlukan satu kerajaan yang terpusat, terkawal, berkuasa dan menekan.
12

Kembali ke atas