Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.sén.tif] | اينسينتيف

Definisi : (inséntif) sesuatu (yg berupa kebendaan atau tidak) yg diberikan atau ditawarkan sbg dorongan atau galakan, dorongan, galakan: berbagai-bagai ~ disediakan utk pelabur asing menanam modal di negara ini; di samping itu beliau menawarkan barangan mekap kpd setiap ahli yg menghadiri kelas solekannya sbg ~ utk pelanggannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
insentif (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan dorongan, pendorong, galakan, penggalak, rangsangan, perangsang, ganjaran.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
economic instrumentinstrumen ekonomiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauFiskal dan bentuk insentif lain serta bukan insentif yang digabungkan dengan kos alam sekitar dan keuntungan dalam perbelanjaan perniagaan dan isi rumah. Instrumen ekonomi bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran yang mesra alam sekitar, kemampanan penghasilan dan penggunaan melalui harga kos penuh.
tax-based income policydasar pendapatan asas cukaiEkonomiTiadaDasar pendapatan yang menyediakan insentif cukai kepada pihak pengurusan dan pekerja yang mematuhi garis panduan upah dan kerja yang dibentuk oleh kerajaan. Mengikut dasar ini, kenaikan upah dan harga yang melebihi kadar yang dinyatakan dalam garis panduan akan dikenakan cukai dengan kadar yang tinggi. Oleh itu, firma dan kesatuan sekerja masing-masing tidak mempunyai insentif untuk menuntut kenaikan harga dan upah yang berlebihan.
volume incentiveinsentif volumPelanconganTiadaKomisen tambahan yang ditawarkan oleh syarikat atau pengedar kepada wakil jualan sebagai ganjaran untuk meningkatkan jualan.
development incentiveinsentif pembangunanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBeberapa bentuk ganjaran yang ditawarkan oleh pihak berkuasa bagi menggalakkan pembangunan.
incentive programprogram insentifPelanconganTiadaSkim formal yang diperkenalkan untuk menggalakkan peserta atau organisasi untuk mencapai sasaran jualan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
incentive zoningpengezonan insentifPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengezonan yang bertujuan untuk memberi kelonggaran dari segi kawalan perancangan terhadap guna tanah yang terpilih.
incentive zoningpengezonan insentifPenilaian Harta TanahTiadaTiada
golden handcuffsganjaran keemasanPentadbiran PerniagaanTiadaGanjaran berbentuk insentif kewangan yang diberikan oleh syarikat kepada pekerja untuk memastikan mereka kekal bekerja dan tidak berpindah ke syarikat lain.
bonus zoningpengezonan bonusPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu kaedah yang memberi insentif tambahan kepada pemaju sebagai balasan apabila dikehendaki mematuhi syarat-syarat tambahan yang dikenakan oleh pihak berkuasa.
concurrent sessionsesi selari/sesi serentakPelanconganTiadaSesi pembentangan yang dikendalikan sekali gus, seperti dalam Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE).
12

Kembali ke atas