motif | motif | Kesusasteraan | Tiada | 2. Gagasan yang dominan dalam sesebuah karya sastera seperti tema, citra, atau persoalan yang berulang , situasi yang konvensional, daya penarik dan insiden-insiden yang digunakan dalam budaya rakyat seperti yang terpancar dalam sesebuah karya sastera. Contoh: motif ibu tiri dalam sastera Melayu Klasik, motif penyamaran dalam sastera Panji. |
incidence | kejadian/insiden | Pendidikan | Tiada | Frekuensi relatif suatu kejadian diberi sebagai nomborper 1000 atau peratusan. Contoh, kejadian sindrom Down berlaku bagi setiap 1000 kelahiran. |
critical incident | insiden kritikal | Perubatan | Tiada | Kejadian luar jangka yang boleh menyebabkan morbiditi dan mortaliti semasa dan selepas pembiusan. |
incidence | kejadian/insiden | Pendidikan | Tiada | Frekuensi relatif suatu kejadian diberi sebagai nombor per 1000 atau peratusan. Contoh, kejadian sindrom Down berlaku bagi setiap 1000 kelahiran. |
incidence of unemployment | insiden pengangguran | Kependudukan | Tiada | Tiada |
incidents of ownership | insiden empunya | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sebagai pemegang polisi, seseorang itu mempunyai hak di bawah kontrak polisi yang boleh dimanfaatkan. Contoh: hak untuk menukar polisi kepada wang tunai, hak menerima pinjaman setakat nilai tunai polisi, dan hak menukar waris. |
anaesthetic incident monitoring study | kajian pemantauan insiden anestesia | Perubatan | Tiada | Kajian tentang komplikasi yang timbul semasa dan selepas pemberian anestesia. Kajian ini dilakukan untuk memantau dan menyediakan langkah yang perlu bagi mengurangkan komplikasi anestesia di samping menjadi suatu piawaian perkhidmatan. |
motive | motif | Kesusasteraan | Tiada | Unsur yang menjadi dasar untuk mengembangkan kisah atau situasi yang konvensional, daya penarik atau insiden yang digunakan dalam budaya rakyat, cereka atau drama. |
parliamentary commission | suruhanjaya parlimen | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan bebas yang dilantik khas untuk menyiasat atau mendapatkan maklumat terhadap sesuatu insiden, fenomena, isu, masalah atau kejadian yang melibatkan kepentingan negara atau orang ramai. Anggota badan ini terdiri dari ahli-ahli parlimen dan dilantik khas oleh parlimen. Hasil penyiasatan yang dibuat perlu dibentang dan disahkan oleh parlimen. Setelah selesai sesuatu kes, suruhanjaya ini akan dibubarkan. |
natal tooth/birth tooth | gigi natal | Pergigian | Tiada | Gigi yang terdapat dalam mulut bayi yang baru lahir. Gigi natal berkemungkinan gigi desidus atau gigi supernumerari. Insiden gigi natal jarang berlaku dan sekiranya ada, biasanya ialah gigi insisor bawah dan kadang-kadang gigi insisor atas. Keadaan ini terjadi disebabkan kedudukan ektopik germa gigi semasa fetus terbentuk. Gigi natal boleh didapati dalam keadaan seperti sindrom Ellis-van Creveld atau mungkin berlaku secara spontan. Gigi natal ini selalunya goyah, dan boleh mengganggu proses penyusuan, menyebabkan inflamasi di sekeliling gingiva dan kecederaan pada bahagian lantai lidah. Sekiranya mengganggu, gigi natal akan dicabut menggunakan anestesia topikal. |